.geNg cOmeL.

Thursday, June 16, 2011

.peNgaLaman maNis berGeLar pEer MentOr.

hye readers..what's up?
firstly aku nak mintak maap coz dah agak lama tak hiraukan blog ni.al-maklumlah sebulan yg lepas sibuk dengan Minggu Destini Siswa (MDS).pastu habis je MDS sibuk nak daftar kolejla,settlekan registration coursela,kena jumpa penasihat akademikla..bla,bla,bla..!last week plak ada kem kepimpinan siswa 3 hari 2 malam.nampak tak betapa sibuknye aku??ketua kampung pun tak sibuk macam aku.huh!

alang-alang ada masa free ni aku nak story lah sikit pengalaman time aku jadi Peer Mentor (PM) untuk Minggu Destini Siswa (MDS) last sem-break.aku akan cerita pengalaman sebelum,semasa dan selepas MDS.korang boleh tengok perubahan diri aku.sama ada berubah ke jalan yg lurus,bercabang.bengkak-bengkok atau jalan mati.=.=

SEBELUM :

pada 15 Mei yg lepas aku dapat kol daripada pihak UiTM Machang.aku pon tak tau hencik mana yg kol tapi dye cakap aku dapat jadi PM tu.aku memang rasa agak excited jugaklah coz nak rasa pengalaman handle junior2 yg baru masuk UiTM ni.nasib baik tak melompat-lompat macam burung unta.(eh2 burung unta melompat ke?).tapi seriously aku nak bagitau yg confident level aku time tu low.aku tak yakin dapat handle junior2 tu semua dengan baik.lagipun aku takde pengalaman.pastu semua students yg dapat jadi PM ni hebat2.diorang ialah orang2 yg pegang jawatan penting kat UiTM Machang ni.memang rasa agak rendah diri la.tapi aku pergi jugak coz aku nak rasa pengalaman tu semua.FIGHTING!!!=.=

SEMASA :


17 Mei aku dah terpaksa pergi ke UiTM Machang.memang terpaksa korbankan cuti sem aku.tapi takpe demi UiTM tersayang aku rela!!.(tetibe semangat).sebelum bermulanya MDS pada 21 Mei-27 Mei semua PM dikehendaki mengikuti kursus dahulu.so,kitorang pon berkursusla selama 3 hari 2 malam.aku dah mula dapat sesuaikan diri dengan sesetengah PM.time kursus memang letih.aku rasa macam lutut aku tetibe je longgar.seluruh tubuh lenguh2 je.walaupun letih tapi best!.

habis je kursus kitorang kena prepare untuk MDS tu.kitorang kena check setiap bilik bagi setiap kolej.kot2 ada yg rosak.memang terpaksa turun naik tangga kolej yg tak berapa nak rendah tu.pastu kena tampal notisfication yg sepatutnya.memang letih tahap dewa der.aku dapat rasa yg lemak2 dalam tubuh aku ni makin pupus.kalau hari2 buat kerja camni konpem slim.tak payah pergi slim world bagai tuh.time ni lah semua PM harus bekerjasama untuk settlekan tugas masing2.aku dapat rasakan yg hubungan kitorang makin rapat.macam one family dah.aku pon dah mula enjoy dengan tugas tu semua dan apa yg penting confident level aku dah high untuk handle MDS tu nanti.

yeah..!!akak PM yg bolat.

so,the time is come.alhamdulillah,all of us did a good job.hari pendaftaran MDS berjalan dengan lancar.walaupun kitorang terpaksa menahan telinga mendengar cacian,makian,tengkingan dan ketidakpuasan hati sesetengah pihak yg tidak dapat mengawal emosi pada hari tersebut tetapi kitorang tabahkan jugak hati.alah,buat2 pekak jelah.wajib tunjuk baik di hadapan mak bapak diorang.nanti bila diorang balik haa..siaplah korang!haha.juz kidding.jangan risau amalan ragging sudah menjadi amalan kuno dan sudah diharamkan oleh penyelaras MDS.macam tak best plak tak bleh nak ragging diorang.wtf!heheh.

 tugas tetap dijalankan walaupun hujan.!



masa unutk bersukan..:)

ok,semasa MDS aku memegang jawatan sebagai BIRO SUKAN DAN REKREASI.so,kerja aku handle diorang time riadahla.macam2 aktiviti yg kitorang buat.walaupon setiap PM dah ada jawatan masing2 tapi tak bermakna kitorang hanya buat kerja kitorang je.kitorang kan one family so,have to help each other.kitorang ada jadual bertugas.setiap hari kena bertugas 8jam seorang.tiap2 malam ada post-mortem sampai pukul 2-3 pagi.kalau nak ikutkan letih,memang semua letih.dahla terpaksa berhadapan dengan macam2 ragam pelajar.tetapi untuk menjadi seorang PM mesti bersedia dari segi fizikal dan mental.Sepanjang minggu MDS,aku dapat rasakan yg ciri2 seorang pemimpin slow2 meresap masuk ke dalam diri aku.apabila bekerja dengan mereka yg berpengalaman dan berwawasan aku dapat rasakan yg aku juga adalah salah seorang daripada mereka.semua PM memang terbaiklah.tabik spring!!!

 akak2 dan abang2 PM yg terrrrbaekkk!!



SELEPAS :

honestly aku nak bagitau yg aku rindukan MDS.aku rindukan semua PM.aku rindukan tugas2 aku.rasa macam nak sambung lagi MDS tu.seriously,aku memang takkan lupakan pengalaman sebagai seorang peer mentor.banyak yg aku pelajari selama aku terlibat dengan MDS.banyak kelemahan diri yg dapat aku baiki.memang betullah orang cakap."pengalaman mengajar kita erti kehidupan".

p/s : rindu nak laungkan tagline peer mentor "HELP WITH SMILE,STRIVE TO THE TOP!!!".=.=