.geNg cOmeL.

Monday, February 13, 2012

.betul-betul ikhlas ke?.

Assalamualaikum...:)

Selamat pagi wahai manusia comel sekalian alam.ohh,ohsemnya hari ni dapat bangun tido lewat lepas tu guling-guling,golek-golek dengan gediksnya di atas katil gara-gara class cancel.hiks

 FAKTA :

Apabila dapat mesej class cancel semua senyum sampai ke telinga,
Tapi apabila dapat mesej class ganti semua jadi macam ayam berak papan hitam. -,-"

Cis,dasar manusia pemalas.hakhakhak

Hari ni tetiba jari-jemari yang tak runcing ni terasa gatal nak menaip.*kes angau kat belog.ohh,nasib baik dengan kelajuan 120km/j terlintas idea untuk mengupdate belog.sebab aku sedar yang aku dah jarang update belog abad ni.hmmm,nasibla kau belog dapat owner tak rajin sangat.

Back to topic.:)

Pernah tak korang terpikir manusia-manusia yang berdamping dengan korang memang betul-betul ikhlas menjadi kawan korang?pernah tak korang terpikir jugak mereka berkawan disebabkan oleh sebab-sebab tertentu?



Pandang pada rupa.

ada ke yang berkawan disebabkan rupa?contohnya nak jadi kawan mereka mestilah punya rupa paras yang agak jelita @ kacak macam hero tamil?kenapa?sebab mereka tak nak apabila lepak bersama nanti orang cakap mereka lepak dengan bibik.padahal muka lebih kurang sama je.perasan comel je lebih.hakhakhak.

 Pandang pada harta.

Yang ni jenis yang matrealistik atau bahasa senang pilih bulu.kalau rakyat Kelantan cakap “gilo besi”.sama je lah maksud tuh.asal punya rumah sebesar stadium bukit jalil,pakai baju seluar branded,ada  kereta BMW 14 series laju je mengaku kawan baik sekalian alam.yelah,agak-agak bila terdesak boleh pinjam duit seribu dua.tak perlu pergi kedai pajak gadai kann.

Pandang pada I-Q.

Maksudnya manusia yang boleh jadi kawan mereka adalah manusia yang mempunyai kepala otak yang bijak sahaja.yang kurang bijak sila jauhkan diri anda.omaii,perlu ke pilih kawan sampai macam tu sekali?agak-agak la der..akal fikiran kan kurniaan tuhan.ada yang bijak dan ada yang kurang bijak.siapa kita nak menganaktiri kan mereka?.

Berkawan perlu jujur dan ikhlas.tak perlu nak memilih mereka yang hebak sahaja untuk jadi kawan kita.pilih je kawan yang mempunyai perangai yang elok yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan bukan kemungkaran.itu barulah kawan sejati kann.
dan untuk mereka yang nak jadi kawan aku,aku nak cakap yang :

Aku bukan anak jutawan,
Aku tak punya rupa yang menawan,
Aku tak bijak seperti cendekiawan,
Tapi yang pasti aku boleh menjadi kawan.:)


Terima kasih kerana membaca..big hug.:))

12 comments:

نورعيم said...

jgn berkawan dgn org yg hanya memandang benda gitu. cari sahabat yg betul2 ikhlas dan ada sama kita ssh mahupun senang.

hee, akak course stats. amal? sem berapa eh? kak shu pakai tudung mane?

Khuzrin Kamarudin said...

paras rupa terlalu abstrak untuk menjadi kayu pengukur sebuah persahabatan. :)

miSs aMaL said...

noraim : btol3.tp antra kawn2 kte pn xtau yg mna betol2 ikhlas kann..

ohh stats.amal banking part 4..:)


khuzrin : yup,betol tu...:)

HeNRieTTa JoSe said...

its hard to tell....but once, u r not u anymore, than, u'll notice, who r u true friend, and who are not....

Addien said...

semoga anda mendapat sahabah yang mampu memberi panduan dan kebaikan dunia dan akhirat..jemput menambah ilmu, mengambil dan menyebarkannya di laman WADi, insyaAllah.

salam ukhuwwah fillah

Nabi Hud a.s Dan Kaum Aad

miSs aMaL said...

henrieta : yea,that's right..btw,true friends are hard to find.but still i hope i have it.:)

ad-dien : insyaallah..time kaceh eh.ok,sy akn singgah blog awk nnti..:)

Addien said...

syukran, terima kasih..
moga bermanfaat hendaknya di blog WADi

miSs aMaL said...

insyaallah...:))

H A N said...

Suka fakta tu, haha...

As for me, memang taklah orang kawan sebab rupa, handsome sangat kan, haha...

B'harta pun tak... IQ? Hmm...

Haha...

Apa2pun, tenkiu untuk mereka2 yg masih sudi b'kawan dgn saya :)

miSs aMaL said...

haa tau takpe.entahla manusia kan.rmbt pn skrg dah lain kaler,hati lg lah kann.hoho..:)

Ann Ishak said...

cari kawan memang senang tapi nak cari sahabat tu yang payah

miSs aMaL said...

btl tu dear..kwn dgn shbt xsama..:)