.geNg cOmeL.

Wednesday, November 30, 2011

. tentang seorang gadis..

assalamualaikum..:))




alah,biasa ah bagi gadis yang berchenta kan.tak lari dah daripada perangai cenggitu.even aku sendiri pon lebih kurang macam tu jugak.tak payah nak cakap tak lah sambil hempuk kepala kat dinding 12348 kali.

ooh gadis memang hati lembut macam mashmallow.semua tahu kenyataan tu kan.sebab tu lah gadis ni perasaan mereka mudah terganggu tapi bukan gila ok.maksud aku kejap mood ok kejap tak.memang selalu berubah tak kira masa dan tempat walaupun orang cakap takdak angin tak dak ribut tetibe nak marah-marah.aku taulah sebab aku pon seorang gadis.heheh

so,bagi mereka yang ada awek tu tak payah nak merungut untuk yang ke 32456 kali lah kalau si dia bersikap cenggitu.dah memang lumrah alam mereka bersifat sedemikian.cubalah paham perasaan orang sikit.

tapi yang pasti walaupun gadis bersikap tak matang,mengada-ngada,suka nak menang je,emosional,queen control segala tuh tapi mereka ni seorang yang pemaaf.tapi ingat,memaafkan tak semestinya melupakan..!
same goes to me.==.


lagi,apabila si gadis sudah bagi hatinya untuk seorang kaum adam,bermakna memang selamanya ia milik kamu.tak kisahla berapa ramai kawan lelaki yang dia ada sebab dah memang hati dia untuk korang memang koranglah yang dia selalu ingat dan nampak dok menari ballet dalam kepala otak diorang.

tapi aku nampak jang geung suk lah!eh?
kalau tak percaya belahla dada..
ahh tak payah nak belah dada sangatlah kan..!

apa yang aku nak cakap ialah hargailah buah hati pengarang jantung pisang korang.sebab bila seorang perempun jatuh cinta mereka akan sayang korang tanpa had sebab mereka memang tak gheti nak hadkan perasaan tu.

so,berbaloi ke korang rasa untuk hancurkan perasaan diorang 
dengan sekelip mata dan sesenang telan cekodok?

apa-apa pun cinta itu buta dan pekak.
buta sebab takdak mata dan pekak sebab takdak telinga.

so,pikir-pikirkan dan selamat beramal.:))


p/s : tetibe teringat peribahasa ni " what goes around comes around".eh eh peribahasa ke?

Sunday, November 27, 2011

.kerana aku seorang blogger.

Assalamualaikum..:)



Hai si manis pembaca belog miss amal sekalian.aku tak tau la korang sedar ke tak tapi rasanya dah seminggu aku tak hupdate belog ni.

belog tak update = pembaca makin lari = trafik makin lembab bergerak -20km/j.

Nahh,hambek kau sape suh malas hupdate sangat.bukan susah pon.taip-taip lepas tu publish.ehh..no no no!ingat senang ke nak berbelog kalau takdak idea dalam kepala otak?apa nak taip beb?tak guna kalau berpikir patpulohratusribu kali tapi satu entry pon tak keluar.

Bagi aku,buat belog ni pakai hati.berbelog mesti ada perasaan ikhlas bukan nak menunjuk-nunjuk harta yg ada pada kita.buat belog jugak mesti tidak hipokrit.contoh:

“Eh,uols nak tau tak.i kan suka sangat kucing.kalau boleh nak gomol-gomol je sebab menatang tu comel dan manja.sama macam i tau.”

cis,padahal kat rumah sepak terajang bagai nak rak.usahkan nak gomol,menatang tu dekat sikit je keluar habis skill silat gayung yg ado.makanan pon rela buang dalam tong sampah daripada bagi kat kucing tu.aku tak cakap kat sape-sape pon tapi sape makan peria dialah rasa pahitnya.

Kenapa mesti hipokrit?bukan ke belog ni satu perkongsian?.tak kisahla kau nak kongsi pasal kisah hidup ke,pasal masalah negara ke, tutorial ke dan banyak lagi ceghita yg boleh dikongsi.itu hak masing-masing. eh,tetibe emosional.==.

Aku suka baca belog yg taip pakai hati dan menarik ohh buat aku tertarik.contoh belog ayeemayam,ben ashaari,nurulbadiah,yuyu zulaikha.walaupun aku tau belog aku cuma belog cabuk yang tak setanding mereka tapi tak salah kalau aku ambik contoh daripada belog mereka untuk memperbaiki belog aku kan?


sekarang pon aku rasa belog aku dah banyak peningkatan kalau nak dibandingkan dulu.akulah rasa. 
Mula nak perasan.uhh

Dulu,sebelum menjadi seorang blogger,aku selalu jugakla pikir apa yg best sangat tentang belog ni?buang masa dan tenaga je.lebih asyik kalau makan cokelat lolipop sambil tengok ceghita power rangers.lagipun aku bukan gheti nak menaip something yang hebak macam orang lain.memang pandang sipi-sipi sebelah mata je lah kat belog ni.

tapi sekarang aku dah mula jatuh hati kat dunia belog..!==.

u know what people,i’m proud to be a blogger.even not a famous one but i’m happy to share my thoughts,knowledges,favourite and so on.and i’m sure that i’m not the only one who feel like that right?sape setuju sila angkat kening.hakhak

jadi,renung-renungkan dan selamat beramal..:))

Tuesday, November 22, 2011

.tahniah Harimau Malaya sungguh hebak.

Assalamualaikum..:)

Ohhh..bagusnya cuaca hari ini.hujan lebat dari pagi tadi sampai sekarang tak henti-henti lagi.sungguh indah apabila dapat bergolek-golek di atas katil sambil makan cokelat Vochelle yang bulat-bulat tu.

nyum nyum sedapnya nyum nyum nyummy..!



semalam mood aku sangat baik sampai tido pun senyum sebab Harimau Malaya dapat mengalahkan Garuda.ternyata pasukan bola sepak Malaysia memang hebak dan walaupun bermain di tempat lawan dengan jumlah penonton mereka mencecah 100 ribu orang namun itu semua tidak menggetarkan pasukan bola sepak kita.

Sesungguhnya Malaysia menang dengan bergaya.aumm aumm!

Memang tak sia-sia aku tengok bola semalam.dahla aku antara orang yang terawal duduk tercongok depan tb kat cafe kolej.sebelum pukul 8.00 malam dah bersedia sambil bergosip serta menunggu dengan sabar.yakin MALAYSIA BOLEHH!!nampak tak betapa semangatnya aku?hakhakhak

Ekceli aku ni  bukan peminat fanatik bola sepak.tapi bila perlawanan melibatkan negeri (KELANTAN) dan negara (MALAYSIA) yang terchenta tetiba datang semangat macam orang kena rasuk.dan apabila masuk gol memang aku akan bersorak terpekik terlolong sampai sakit anak tekak sambil hempuk meja
Tak senonoh betol.lantak!

Nak tau kenapa Malaysia menang wahai bibik-bibik indon?
Team Malaysia ada Khairul Fahmi Che Mat yang CERMAT tangkap bola,
Baddrol Bahtiar yang sentaias BERIKHTIAR jaringkan GOL, 
Asra yang sentiasa MARA ke hadapan, 
Gurusamy yang menjadi GURU kepada pasukan kita, 
Fakri yang memang NGERI, 
paling penting ada ONG KIM SWEE yang mmg ada ONG la..!!

Sama macam orang lain aku pun heran kenapa aku rasa pasukan kita berlawan dengan pasukan barat je.ohh,nak buat macam mana pasukan Indonesia ramai pemain import.satu kenyataan di sini:
Pasukan Malaysia tidak ada seorang pun pemain import.kami semua dari malaysia yang cuma berbilang kaum bermain demi menaikkan nama Malaysia.yeah 1Malaysia sudah terbukti.!



Kepada bibik-bibik, buruh-buruh serta PATI Indonesia sekalian,tak perlulah nak melalak,memaki atau bermogok segala tuh.sebab korang jugak yang akan menyesal.tapi aku heran kenapa Indonesia tak puas hati sangat dengan Malaysia?padahal kerajaan kita yang banyak tolong rakyat mereka.sedarlah sikit wahai rakyat Indonesia sekalian.peace..:)

p/s : bangga menjadi anak Malaysia.yeahhh..:))

Monday, November 21, 2011

.this is the place is meant to be.

Assalamualaikum..:)

Pagi tadi celik mata je tetiba rasa hairan.kenapa bilik aku nampak lain?kenapa ada katil double decker?kenapa banyak sangat almari kaler oren?kenapa ada manusia lain dalam bilik aku?mana perginya teddybear kesayangan abad ini?kenapa kenapa??sambil genyeh mata dan tampar pipi dengan lembut ==.

Setelah beberapa detik ohh,baru teringat.aku dah berada di kolej kediaman.patutlah badan masih lenguh-lenguh gara-gara memunggah barang-barang yang penuh satu kereta.habis semua barang aku angkut.kalau boleh nak usung dengan almari pakaian serta almari mekap dalam bilik rumah aku.biar cukup lengkap dari pakaian luar dalam dan perhiasan diri segala tuh.ternyata aku memang tak gheti nak bajet-bajet kain baju nih.shame on  me.wuuu~

Btw,senang hati rasanya sebab dapat bilik dan roomates yang sama.demm!kalau aku tahu tak perlulah nak bersusah payah packing dan angkut barang-barang sem lepas.biar je kat situ senang ceghita.hakhakhak

So,bermula hari ini secara rasminya aku ialah seorang pelajar part4 diploma in banking Uitm Machang.whoahh..tinggal lagi dua semester nak habis dip.tolonglah cepat masa berlalu.dah tak sabo nak graduate nih.agak-agak apa perasaanya naik pentas terima segulung diploma?belum PhD lagi tu.mesti bangga mak bapak aku.^^

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku.sebab kita hanya merancang tapi DIA yang menentukan.hmmm.

Macam biasa bukak sem je mesti ada azam baru.azam aku sem ni ialah :

Azam tersurat : Nak belajar rajin-rajin sebab nak dapat dekan sem ni.
Azam tersirat : nak dekan sebab nak pergi dinner hotel dengan baju mengerlip
                                                                        terima anugerah ohh ohsemnya.

Azam tersurat : Nak aktif netball sebab nak wakil universiti masuk Karisma.
Azam tersirat : Nak kuruskan badan yang dah bertimbun banyaknya lemak bodoh.

“Eh eh kak macam sama je dengan azam semester2 lepas?”
Tetiba ada budak berani mati menyampuk.

Err..ekceli memang sama cuma tak sempat dilaksanakan pada semester2 lepas.so,ditunda pada semester ini.hakhakhak

Last but not least,selamat datang kepada pelajar-pelajar  baru dan selamat kembali kepada pelajar-pelajar lama.dan selamat belajar dengan gigihnya sampai tumbuh tanduk.


Till then,salam..:")

Saturday, November 19, 2011

,menghitung detik.

assalamualaikum..:)


pejam celik pejam celik dah sampai sebulan setengah aku dok bersenang lenang kat rumah.cuti aku dah habis weh.malas gila vavis nak masuk belajar balik.rasa macam dah berabad belajar kat sana padahal tak sampai 2 tahun pun lagi.teehee.

dalam otak tengah pikir nak sambung lagi cuti.ooh,eloklah nanti tak sampai seminggu sampai surat chenta dari  pihak UiTM bagi cuti untuk selama-lamanya.hmmm ==.

dahla fast track ke degree tak dapat.wuuu~

lagi,barang-barang masih tak siap packing.sabun,syampu,berus gigi tak beli lagi.bibik pehliss...!hakhakhak

sementara cuti masih bersisa,so aku nak gunakan dengan cara paling bijak.sempat lagi nak bergoyang kaki sambil makan roti cicah kari ayam dengan nescafe ohh sedapnya.dan sempat jugak lagi untuk keluar cuci mata sambil perabes wang hengget sekupang dua.

dahla malas nak membebel banyak-banyak.nak habiskan masa bersama keluarga tersayang pulak.nak buat apa ye?mungkin menebas lalang belakang rumah atau pergi melastik burung di taman?hmmm o,0

p/s : nantikan kedatangan wa ye UiTM MACHANGster!:)

Friday, November 18, 2011

.sekadar perkongsian jumaat.

assalamualaikum..:))



KENAPA AKU DIUJI ???

AL-QURAN MENJAWAB :::
Surah Al-Ankabut : 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi ?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ???



AL-QURAN MENJAWAB :::
Surah Al-Baqarah : 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ???


AL-QURAN MENJAWAB :::
Surah Al-Baqarah : 286
"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

KENAPA FRUSTASI ???


AL-QURAN MENJAWAB :::
Surah Al-Imran : 139
"Jaganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman"

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???


AL-QURAN MENJAWAB :::
Surah Al-Baqarah : 45
"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan ALLAH semata-mata.



diambil dari blog  http://julgoingthrough.blogspot.com..:)

Thursday, November 17, 2011

.gendang gendut tali kacapi.

assalamualaikum..:)

buat pertama kalinya pagi ini selepas solat subuh dan melayan kerenah adik-adik aku sebelum mereka ke sekolah aku tak tido balik.rasa macam rindu pulak kat belog sehari tak hupdate. bajet rajin sangat hupdate.==.


di pagi hari ini aku terbayang ohh indahnya kalau bangun je dari tido terhidang makanan yang super sedap macam kat restoran atau hotel lima bintang.rela terus menonong ke dapur untuk cedok nasik sebanyak mungkin tanpa basuh muka serta gosok gigi terlebih dahulu.yang penting makanan tersebut berjaya masuk ke dalam tangki perut aku sebelum dirembat oleh orang lain.oh,jual ikan betul.hakhak


mempersembahkan..!saje nak bagi korang meleleh air liur..:)

eh eh ini bukan hidangan lunch or dinner ke?ahh lantak.

 ini tomyam putih.tapi aku lebih suka tomyam merah.sebab rasanya lagi umphh!


 wallaweh!yang ni rasanya memang ohsem.aku dah tak ingat nama apa hidangan ni.yang aku tau ni udanglah tapi kalau ketam lagi sedap.siyes wa cakap tak tipu sikit pon.


 hohoho.ayam goreng kampung salah satu kegemaran aku.kalau ada depan mata mau rembat 3,4 ketul.


yang ni butter squid.tapi aku lebih prefer udang sebab rasanya lagi lemak berkrim.


kerabu sotong yang memang tak payah cakap lah sedap.
tambahan lagi sebab dicampur dengan buah mangga rasa masham sungguh kaw!


perghh,dah menitik air liur aku kalau tadah boleh dapat 14 bekas.dahla sekarang ni masih perut kosong tanpa sebarang makanan.bekpes pon belom lagi.sekarang perut aku tengah memainkan irama hip hop pasni tukar irama melayu pulak.cis!

ekceli makanan tu semua yang aku makan kat restoran Four Season,KB.makanan kat sini boleh tahan sedap jugaklah.bolehla p try makan kat sana mesti tak rugi.

arghhhh...perut aku dah rasa lapar tetiba je.sapa suh kau hupdate entry pasal makanan sangat.rasakan!
dahla,aku nak p geledah dapur carik makanan.tak boleh dibiarkan perut lapar nanti kena sembelit.eh?


p/s : kejap lagi nak keluar p bayar bil elektrik.nak bayar secara on9 tak gheti.dasar kuno.booo~

Tuesday, November 15, 2011

.hasil tangan aku abad ini..

assalamualaikum..:))

alhamdulillah hari ni tuhan masih muncurahkan rahmat hujan di bumi Malaysia ni.tersangatlah suka apabila hari hujan sebab hujan = tido melebihi 8 jam.sambil peluk bantak golek dengan teddybear besar atok ohh kalau boleh nak tido sampai pagi keesokannya.hakhakhak.

bangun je tido tengok dah terhidang kuew teau goreng atas meja hasil tangan mom.yeah,hari ni tak payah masak sendiri.lagi bertambah kesukaan di pagi hari. nampak sangat pemalas.weeee~


ok,berbalik kepada tajuk hasil tangan aku abad ini.

disebabkan aku sekarang tengah cuti sem yang dah masuk sebulan lebih dan tinggal tak sampai seminggu lagi nak daftar masuk kampus balik,sempat jugaklah aku mengisi masa cuti dengan membuat aktiviti berfaedah. macam nak buat esei 250 patah perkataan pulak.==.


eh eh ini bukan nak jual kain lah.
cer tengok kat corak rama-rama dengan bunga tuh.nampak tak ada berlian yang berkerlipan tuh?haa..akulah yang double triple rajin tepek benda tuh semua.sampai melecur ibu jari kaki tangan.


demm!dah boleh jadi tukang jahit kampung tersohor.==.



ni kain batik.ekceli kain ni dah lawa tapi disebabkan tambah berlian tuh menjadikan kain ni lebih lawa.
2 kilometer dah nampak mengerlip macam mak datin.



yang menjadi mangsa ialah kain baju mom aku.ekceli mom aku yang ajar aku buat ni.senang je nak buatnye.cuma perlukan kerajinan yang lebih ah.


bagi yang tak berapa nak rajin dan jenis menjaga tangan yang lembut takut bertukar jadi kasar tu haruslah tak payah buat.upah kat kedai dan bersedia untuk melayang berpuluhratus keping wang hengget ye.kalau buat sendiri tak habes seratos hengget pon nyah.aku buat ni sebab takdak benda nak buat masa cuti neh.lagipun suka tengok baju yang super duper lawa.




kegilaan mom aku sekarang ialah pada kain corak butterfly.sanggup perabes berpuluhratus wang hengget untuk dapatkannya.especially kain batik.

ok foine memang cantik.jeles nak jugak.==.



amacam lawa tak?agak-agak aku ada bakat untuk jadi tukang jahit atau pereka fesyen macam jimmy choo tak?hakhak.


ekceli benda ni menjimatkan wang hengget tau.untuk gegirl kalau uols beli kain yang dah siap ada berlian macam ni mau cecah 2,3,4 ratus sehelai.tapi kalau beli yang kosong pastu tepek sendiri berlian tuh boleh save bajet maybe yang harga 300 boleh jadi 200 je.berbaloi kan!:))


so,cepat p borong berlian sampai rambang bijik mata sekarang.==.

Sunday, November 13, 2011

.lemak buat wanita cantik.

assalamualaikum..:)


sape baca surat khabar Pancaindera hari ni sila angkat kening.whoahhh..da macam The Rock jadinya.hakhak.
kalau kat rumah memang tiap-tiap hari aku akan baca paper sebab papa aku memang akan beli.tak macam kat kampus jumpa paper sebulan sekali tu pun kalau ado.memang macam katak di bawah baldi ah.eh?

hari ni aku ada terbaca paper pasal manfaat lemak dari badan sendiri.dye cakap pasal fat transfer.

fat transfer = satu prosedur bagi memindahkan lemak 
                                                     di sesuatu bahagian badan kepada satu bahagian yang lain.

contohnya lemak di bahagian punggung diambil,diproses dan kemudian disuntik ke bahagian muka.prosedur ni ambik masa tak lama pun dalam 20-30 minit je.whoahh..hebak kan! kagum jap.==.

lagi,lemak-lemak inilah yang akan mencantikkan dan menganjalkan semula bahagian tertentu pada badan.contohnya payudara,punggung,pipi dan dagu.ianya amat baik bagi mereka yang mempunyai kanser payudara.

menurut Dr.Hakim Hamzah,pada usia 16 hingga 27 tahun taburan lemak dalam badan wanita masih berada di lokasi strategik dan kelihatan cantik serta memiliki struktur badan yang paling indah.namun,selepas memasuki usia 29 tahun keadaan mula berubah disebakan proses kematangan usia,graviti,tekanan mental,akibat bersalin dan kerja seharian.
hal tersebut mengakibatkan kulit mulai kendur,timbul lekuk-lekuk di permukaan wajah selain pigmentasi yang jelas bertompok.ooo..ooo..!

kalau korang nak tau,prosedur ni bukan macam botox yang dapat ubah wajah seseorang macam kebanyakan artis abad ini buat.ia cuma memberi semula sel baru yang telah hilang menyebabkan wajah kelihatan jauh lebih muda.ooo..ooo..!

hebak kan teknologi abad ini ni.tetiba rasa nak buat jugak sebab memang aku ni terlebih lemak.hakhakhak.tak sangka rupa-rupanya lemak pun ada guna untuk kecantikan.harus simpan banyak-banyak lemak lagi.weee~

.penyejuk mulut di tutti frutti.

assalamualaikum..:)

nahh..pemanis mulut hari ini.:)

hai para pembaca yang disayangi sekalian.indah sungguh hari ni.sudah bangun tido ke belom neh?yang dah bangun tu dah mandi ke?atau masih bertempek dengan tahi mata dan air liur basi.hakhakhak

mentang-mentanglah tuan punya badan dah mandi 
siap guna sabun susu kambing dengan syampu sunsilk kaler oren berlagak lettew.==.


ekceli dah lama aku mengidam nak makan aiskrim macam yang aku selalu tengok hero dan heroin ceghita korea makan.alaa,yang dalam bekas besar sungguh nampak sedap giler.sampai terbawak-bawak dalam mimpi. dah macam orang mengidam aku ni.lantak.!


so,semalam aku dengan jayanya dapat mempengaruhi mom aku untuk pergi mengkedarah aiskrim di 
tutti frutti.untuk pengetahuan korang,tutti frutti baru je bukak cawangan kat Kelantan ni.memang agak ketinggalan zaman sedikit.wuuuu~



 adik aku memang suka sangat aiskrim ikut macam kakak dyela.hiks


eh2 mom pon suka jugaklah.:)


apa yang aku suka pasal kedai ni ialah customer boleh pilih dan ambik sendiri aiskrim tu hanya dengan menekan mesin aiskrim yang ado kat situ je.lepas tu siap boleh hias dengan macam-macam aksesori seperti kekacang,coklat,buah-buahan dan segala macam aksesori lain yang dapat menambahkan lagi kelazatannya. whoahh...aku hantu aiskrim..o,0


overall aiskrim dye rasa masam sebab banyak yang berasaskan yogurt.tapi ada jugak perisa chocolate.memang favourite aku lah yang chocolate tu.btw,aku expect aiskrim yang lagi super sedap.but hmmm..frust jugaklah sikit.eh eh aku bukan cakap tak sedap cuma maybe tak berapa kena dengan taste aku.aku tak suka yogurt sebab ia masam.orang lain mungkin suka sampai makan 14 bekas siap jilat sampai licin.hakhakhak

ooh.satu lagi mom aku cakap kalau datang sini takdak duit 50 hengget dalam poket jangan mimpi nak belanja gewe.kitorang semalam pon habis dekat 80 hengget.so, sebelum datang sini pastikan korang check fulus di setiap ceruk poket seluar dan wallet takut nanti tak pasal-pasal dapat malu tak leh nak bayar.LOL.

btw,hari ni alah besday adik aku yang kedua Nur Alyana bt Ab.Manaff. apa kes siap bagi nama penuh.==.


happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to Alya,
happy birthday to you..:)

may god bless you my sista.jadi anak yang baik  dan solehah.pastu belajar tinggi-tinggi sampai ke negeri China.eh?jangan dok menggatal nak kawen pulak habis sekolah memang nak kena sepak terajang ah. 
kakak yang baik ni.hakhakhak.

till then,chow..:))

Saturday, November 12, 2011

.aku jatuh hati.

assalamualaikum..:)

music is my best friend ever.!

korang perasan tak blog aku sekarang ada muzik?suka tak?tengs to syiqin sebab bagitau pasal music dumper ni.ekceli dah lama aku nak guna muzik instrumental macam ni kat blog aku.tapi tak berkesempatan.wuuu~

sebelum ni aku pernah blogwalking kat blog yang guna muzik macam ni.siyes aku cakap bila dengar je jiwa aku akan jadi tenang,aman dan damai dengan secara automatiknya.rasa macam di awang-awangan.walaupun sebelum tu tertekan dengan kucing yang berak depan tangga rumah aku siap dengan bau mak oii kaw betol ahh siyes wa tak tipu!

tapi bila dengar je muzik instrumental ni jadi timbul perasaan lain.maybe kena dengan jiwa aku kot walaupun aku ni jenis brutal sikit.hakhakhak

ohh.aku sudah jatuh hati dengan muziklah bukan orang.hurmm ==.

muzik sebenarnya salah satu teman baik aku waktu stress.sebab ia dapat menjadikan aku lupa kejap masalah yang ado.tak perlu nak melalak macam orang hilang akal sambil tekad nak bunuh diri memang otak bangang tu.cukup dengan layan muzik yang dapat menenangkan jiwa raga.mudah dan percuma je kan.
macam pakar motivasi pulak ==.


FAKTA:

* Ada kajian menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart boleh diguna untuk mengurangkan penderitaan pesakit dan meredakan tekanan.
* Terapi muzik boleh digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.

Sumber: Berita Harian, 19 Mac 2008


p/s : so,betol lah apa aku cakap kan!that's why i am a music lover bebeh.hakhak :))

Thursday, November 10, 2011

.naluri keibuan teransang.

assalamualaikum..:)



tajuk macam dah tak sabo nak jadi ibu apa kes?jangan salah paham.naluri keibuan aku memang teransang tapi tak bermakna aku dah tak sabo nak jadi ibu.whoahh..lambat lagi weh.masih muda belia lagi.

masak pon tak lepas lagi,baju pun tunggu cecah bumbung baru nak basuh,bilik pun berhabuk 140 inci dulu baru nak sapu ingat dah layak nak jadi ibu ke?hakhakhak

ekceli semalam aku teman mom aku p baby center dekat area Tesco.masuk je dalam tuh secara automatiknya naluri keibuan aku teransang.alah,normal lah kan kalau pompuan tengok barang-barang baby yang kiut miut macam tuh.

ni beberapa barang yang aku sempat snap.sambil terbayang kalau anak aku nanti mesti comel kalau pakai semua neh.comel macam mama dye lah kan.pangggg!!hakhakhak


rabbit shoes.ooh,kiyut!

 aku suka tengok baby pakai sweater macam ni.menyerlahkan lagi kecomelan budak kecik tuh.


ni dress yg super duper kiut.whoahh..kalau baby aku nanti pakai mesti comel.
tunggu tau my future baby.==.

untungla kaum hawa yang dapat merasai nikmat mengandung dan melahirkan anak yang sempurna dan comel.tapi aku heran ada jugak manusia yang sanggup buang anak.memang tak berperikemanusiaan.dunia..dunia..huh!


p/s : terbayang macam mana wajah anak aku nanti.hakhakhak.;))

Wednesday, November 9, 2011

.bingung,mana satu harus ku pilih?.

assalamualaikum..:)

hai si dara,mak dara,teruna dan pak teruna sekalian.hakhakhak.apa khabar eh?syok tak raya korban korang semua?

beberapa hari lepas aku dapat satu mesej dari pihak UiTM.ni haa mesejnya :

cilok dari blog syiqin.hee~

aku rasa semua student yang dapat result 3.++ untuk 3 sem berturut-turut akan dapat tawaran ni kan?aku bukan nak kecoh atau berlagak yang aku ni bijak macam si Einstein tuh (sambil hempuk meja).cuma nak tanya pendapat je.

hmmm,agak-agak molek tak program ni? sambil renung anak bulan.o,0

banyak hari dah dok pikir pasal benda nih.whoahh..tekanan!pilihan paling susah abad ini lagi susah daripada buat keputusan nak kawen.eh?==.

ekceli ni baru tawaran je.dapat tu belum pasti lagi.so,apa nak kecoh sangat kan.isi borang je lah dulu.booo~
tapi aku rasa mesti peluang ni dirembat oleh para dekan sekalian.apa sangatla dengan result aku yang cukup-cukup makan ni.tengok sebelah mata je kot.maybe mesin pun ketawakan dengan aku. tetiba emo.wuuu ==.


apa-apa pun tak salah nak cuba nasib kan.alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ketiak.eh?

aku dah isi dah pun borangnya.dan kos yang aku pilih ialah Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam.senang tak kos ni?ke ada lagi yang lagi senang?hakhakhak.aku ni kalau bab kira-kira ekonomi negara slow sikit.tapi kalau bab mengarang esei berpuluhratusribu patah perkataan tu bakat semulajadi kot.orang cakap lebih kepada otak kanan?eh,otak ada kiri kanan ke?hurmm.

demm!aku patut jadi sasterawan negara.==.

so,aku nak  mintak la sape-sape yang berpengalaman bagi pendapat sikit.sama ada teruskan dengan diploma atau terima tawaran tu pun kalau dapat.senang nak buat perancangan masa depan.mintak jasa baik kalian ye. sambil menggaru kepala yang gatal angkara kelemumur bodoh.




p/s : terpikir nak buat semayang istikarah.==.


Monday, November 7, 2011

terkena selsema lembu.

assalamualaikum...:)



sedang umat Islam lain syok melantak daging korban di rumah sendiri atau sanak saudara atau sahabat handai,aku hanya tercongok depan laptop sambil menahan sejenis cecair dengan baju  tisu yang keluar daripada hidung tanpa henti.

demm!dah boleh masuk wad kecemasan ni.hakhakhak

habis terbatal hasrat aku nak beraya ke rumah member-member.macam mana nak p kalau asyik hidung dok keluar irama sok sek sok sek buat yang ke 1480 kali?.nampaknya hari ni terpaksa beraya di rumah je lah.wuuu..==.

sekarang ni pun sambil menaip sambil pegang hidung.hidung pun dah jadi merah macam hidung badut.lepas tu tak pasal-pasal bersin.skrin kaptop pun terkana tempiasnya.nampaknya lepas ni kena letak wiper.

ok la,nak taip panjang-panjang pun dah takdak mood.rasa tak larat je.kepala pun rasa pusing macam buat tarian gelek gerudi je. ek eleh bajet macam orang mengandung 12 bulan!eh? ==.




till then.chow..:)

Sunday, November 6, 2011

.sambil makan sambil menaip di pagi raya.

assalamualaikum..:)



sedang sesetengah umat muslim mengerjakan solat sunat hari raya aidiladha aku hanya berada di rumah disebabkan oleh sebab-sebab kaum wanita dikecualikan.tettt....!!

apa agaknya perasaan para lembu pada saat ini eh?mesti berdebar gila vavis sambil terpikir cara terbaik untuk melepaskan diri kan.biasanya setiap tahun aku akan dengar ceghita pasal lembu yang nak dikorbankan hilang.sama ada kena curi atau encik lembu meloloskan diri.aku pun tak tau.==.

hari ni dalam fikiran dah setkan mesti lauk daging je yang aku kedarah.yelah nama pun hari raya aidiladha = hari raya korban.mesti hampir semua rumah ada daging lembu je kan.tapi jangan makan daging banyak sangat tak pasal-pasal kena sawan lembu.eh?

btw.semalam adik aku accident.whoahh..berdebar giler masa ada orang datang rumah bagitau.bimbang accident teruk je.tapi alhamdulillahla tak teruk sangat walaupun lutut luka luka sampai nak nampak tulang,tapak tangan terkoyak kulit nampak isi,siku pon sama.

tapi aku tak puas hatilah dengan abang budak yang adik aku terlanggar tu.padahal bukan salah adik aku pom sampai pukul adik aku.dahla orang tengah sakit tambah pulak sakit sebab kena pukul.bangang punya orang!nasib baik ada orang yang tolong halang.kalau tak,tak taula apa jadi.

nampaknya beraya kat rumahla adik aku hari ni.kesian!==.

ceghitanya begini,ada lori parking tepi jalan tempat selekoh.budak tu lintas jalan tak tengok baik-baik kiri kanan,adik aku pulak tak nampak dye sebab terlindung dek lori bodoh tu.so,apa lagi gedebooom lah.so,salah sape?apahal yang kau nak marah-marah kat adik aku?

ada bakat macam seorang peguam tak?hakhakhak

apa-apa pun benda dah jadi tak boleh nak buat apa la kan.semuanya ketentuan tuhan.kalau tuhan kata jadi,maka jadilah.tak kira sape,di mana dan bila.so,kita sendiri la mesti berhati-hati.tak payahla nak salahkan orang lain sangat.

dah2.pagi raya tak baik marah.semua kena saling bermaafan dan menghayati erti raya korban ni.so, selamat hari raya aidiladha kepada semuat umat muslim di seluruh negara.semoga raya ini memberi seribu erti buat kita semua...:))

p/s : kenapa raya sekarang tak semeriah dulu?rindu raya masa zaman kanak-kanak. ==.

Saturday, November 5, 2011

.Alhamdulillah,tetap berpuas hati.

assalamualaikum..:)

semalam bangun je tdo dengan muka mamai-mamai lagi tambah pulak tahi mata dan air liur basi masih bertempek kat muka terus je menonong menghadap laptop. euww tak senonoh betol!hakhak


buat seketika facebook dan blog terhapus dalam fikiran.yang ada cuma nak buka istudent portal UiTM.semalam kan result final last sem keluar.so,dengan rasa eksaited ditambah perasaan berdebar sampai jantung berdegup 240 km/j terus je buka laman web tuh. sambil tutup sebelah mata.==.


nasib baik line tak  buat hal.kalau tak mogok tak nak mandi seharian.huh!


so,dengan pantas aku masukkan no.matrik dengan id untuk log in.dan dengan pantas jugak terpampang result kat skrin laptop.terus buka mata luas-luas tilik keputusan setiap subjek yang ado.


alhamdulillah.syukur ke hadrat Ilahi sebab aku lulus dengan jayanya dalam setiap subjek.walaupun tak dapat dekan tapi sekurang-kurangnya pointer takdaklah mengecewakan .masih 3.++. 
sambil melompat-lompat atas kerusi. :))


namun,aku masih tak puas hati dengan result tu.cemburu dengan rakan-rakan yang dapat dekan.tapi takpe,aku akan terus berusaha belajar sampai tumbuh uban untuk dapat dekan next sem.Malaysia boleh!


apa-apa pun sem depan aku masih menjadi penghuni kolej Tun Dr Mahathir kat kampus aku.so,tak payahla nak bersusah payah cari rumah sewa. selamat bajet 2012.hakhakhak.


sekarang ni tengah senang hati sebab semuanya berjalan dengan baik.tak perlu nak bersedih sebab keputusan yang teruk atau tak dapat kolej kediaman.secara automatiknya boleh raya dengan gembira esok dan makan daging banyak-banyak sampai pening kepala.hikhik.:)


p/s : kecewa sebab beg idaman abad ini dah ada orang beli.demm!sambil kesat air mata.:(

Thursday, November 3, 2011

.Giveaway by, Marliyana Mk.

assalamualaikum...:)

semalam aku di tag oleh syikin untuk join untuk Giveaway by, Marliyana Mk.so,aku rasa amat berbesar hatilah nak sertai jugak.harap-harap ada rezeki aku.hakhak.btw,join tanda support kan!boleh mengeratkan lagi hubungan sesama blogger.

kalau nak tau dengan lebih lanjut klik SINI .kalau rasa nak join jugak pon boleh.jomlah pakat ramai-ramai support si manis Marliyana Mk ni.nanti lebih happening.:))



so,dengan sukacitanya aku nak tag 3 orang bertuah ni.



Wednesday, November 2, 2011

.the best things in life are free.

assalamualaikum..:)



that is why this life is owesome.
so,enjoy it...:))

Tuesday, November 1, 2011

.beg idaman abad ini.

assalamualaikum...!

nah,gambar handbag besar gedabak aku kasi tengok.


disebabkan handbag ni lah buat aku angau macam orang gila bayang abad ni.

demm!i'm crazy for this bag.hmmm ==.

ni semua gara-gara aku teman mom aku p Parkson,KB petang tadi.beliau nak beli handbag dengan heels nak pakai untuk dinner malam esok. memang tabiat perabih wang hengget.==.

tetiba aku terpandang area handbag jenama Carlorino dan omg!!wah,ohsemnya beg kaler merah putih ohh memikat hatiku itu.maka dengan sepantas guruh di langit aku berlari-lari anak ke sana.gelojohnya minah ni.lantak.

dan dengan sepantas kiraan 1 hingga 10 jugak aku membelek harga beg tersebut.ooohhhh...RM 459.00 je harga dye.hambek kau!terus berubah wajah kecewa macam kucing keguguran.cuba jugak intai kot-kot ada diskaun 99% ke tapi hampa.

teringat nak bodek papa suh beliau beli tapi takut dipanggil menganiaya bapak pulak.so tak jadi.
kecewa lagi. o,0.



yang ni pom ohsem jugak.kalau tak dapat yang atas tadi dapat yang ni dah kira ok.ada tak sesapa yang nak tolong belikan?sambil gigit-gigit jari. ==. 


yang ni memang dah jadi hak mutlak aku.anak-beranak beg-beg kat atas tu jugak sebab jenama sama.beli pon kat tempat yang sama.tapi harganya taklah semahal yang kat atas sekali tu.dalam RM300 nak
 cecah RM400.mahal i-Phone lagi.hakhak

cis!nampak sangat macam tak bersyukur dengan apa yang ada.

ooh.tidakkk...bukan tak bersyukur tapi sekadar  rasa ingin memliki yang lebih baik.biasalah manusia biasa memang sentiasa nak lebih kan.haih.tak elok tak elok.jangan jadi tamak.==.

p/s : nak bermimpi beg yg ohsem tu jadi milik aku buat selama-lamanya.selamat malam wahai pembaca yang disayangi..:)

.jom mengunyah bersama-sama.

assalamualaikum!

sejak akhir-akhir ni rajin bebenor aku nak menghupdate blog.tiap-tiap hari ada je idea nak taip entry baru.lagi kalau sehari tak jenguk blog ni rasa macam makan nasik tapi tak sampai ke perut.
"abis tu pegi mana kak?"tetiba ada budak menyampuk.

ekceli hari ni aku nak kongsi satu resepi yang amat mudah sampai budak tadika pon boleh buat.

demm!aku sepatutnya masuk Masterchef.hakhakhak

semalam aku belajar buat " popia nestum" dengan mom aku.ingatkan susah rupa-rupanya senang.sambil pejam mata pon boleh buat. nampak tak agak riak di situ?ngee.

ok,jom kita belajar memasak..! :)


barang-barang yang diperlukan :
1.kulit popia.
2.nestum
3.gula

cara membuatnya : 

1. mula-mula gulung kulit popia tu.


2. then,gunting menyerong kecik-kecik. kalau besar tak best.



3. goreng sampai garing.dalam dua minit je. lupa nak catat masa.==.



4. mesin nestum bersama gula secukup rasa.


5. bila popia dah masak angkat dan golek-golek dalam nestum yang dah dikacau bersama gula tadi.


6. then,siap!dah boleh dimakan bersama kopi tongkat Ali ohh kawnya.


so,nampak tak betapa ohsemnya aku?hakhak.senang gila vavis nak buat tak payah nak p beli kat kedai lagi.handmake lagi sedap 44 kali ganda tau.maka,korang bolehla cuba untuk dijadikan snek di hari raya Aiduladha nanti.hehehe.:))

p/s : suka makan rojak popia dicampur dengan ayam dan ulam.nyum3! ==.