.geNg cOmeL.

Thursday, February 23, 2012

.Pengalaman menjadi cikgu

Assalamualaikum...:))

Selamat pagi tengahari si jejaka hok jambu dan si gadis hok comel semua.dah bekpes ke kalian semua?aku belom.whoahh...lapar lapar lapar.!tetiba teringat nak makan nasi ulam + budu + ikan rebus goreng + telur dadar kegemaran sejak azali.ahh,meleleh air liur dah ni weh.Hmmm,aku minah kampung je. ==.

Dah dah,berbalik kepada cerita asal. ^,^

Minggu lepas aku p interview untuk jadi fasilitator program Bakti Siswa anjuran Persatuan D’BANQUERS. Persatuan D’banquers ni ialah persatuan kos pengurusan bank = kos akulah. Program Bakti Siswa ni pulak ialah program motivasi untuk budak-budak darjah 6 di SK Demit,Kota Bharu.

Alhamdulillah,aku diterima untuk jadi fasilitator tersebut.oo yeah oo yeah seronok kot sebab dapat rasa pengalaman jadi fasi untuk budak-budak tu.tetiba rasa bangga terus kembang lobang hidong 14.09 sentimeter. ^O^


ahkak-ahkak fasi yang cun.



meet my anak murid.hiks

So,pada hari khamis minggu lepas kitorang bertolak ke SK Demit. Muka wat ilek bajet cool tapi dalam hati omaii gabra kot.yelah,aku mana ada pengalaman jadi fasilitator untuk budak-budak sekolah rendah.dulu,masa aku darjah6 ada jugak program macam ni.seiingat aku best sebab abang-abang fasi hensem dan tough.memang kecik-kecik dah gatal kemain.hakhakhak

Btw,sepanjang program tu teramatla seronok tahap hiperbola.sebabnya budak-budak tu semua memang ohsem.walaupun pada mulanya tu semua nampak malu-malu unta tapi kejap je diorang boleh sesuaikan diri.siap panggil aku cikgu lagi.ahaks.sayang adik-adik semua.umuacks100x!



kitorang kumpulan 5 tau.kitorang dapat ahkak fasi yg comel tau. *silalah muntah.

Program  ni 2 hari je kot.start hari khamis tamat petang jumaat.rasa macam kejap sangat.tak sempat nak kenal dan main-main dengan budak-budak tu sampai puas.diorang pun tak bagi kitorang balik lagi.ooh,terharu rasanya nasib baik tak keluar air mata sebab akulah pembajet cool paling ohsem.

Ohh,korang nak tau?ada sorang budak ni cakap muka aku macam pelakon cerita Aku Masih Dara.dia cakap ingatkan pelakon tu yg datang sekolah diorang.ok,baguslah dik wat lobang hidong ahkak kembang macam hidong bigfoot. * flowering + blushing 4 saat.heheh.



hok pakai uniform tu ialah exco-exco D'Banquers.

Ternyata program ni memang seronok sebab aku dapat rasa pengalaman baru yang sangat berharga.walaupun kejap je tapi pengalaman tu akan aku kenang sampai dah beranak-pinak nanti.mungkin boleh cerita kat anak-anak aku nanti.hakhakhak.btw,terima kasih para exco D’Banquers coz bagi peluang ni pada aku..:))


* Terima kasih kerana membaca.sila singgah lagi..:D