.geNg cOmeL.

Monday, May 30, 2011

.i'm baCk dearieSs.

assalamualaikum readers..
aku sudah kembali..!!waaa..rindu giler kat belog cumil aku ni.(comel la sangat..)camne korang semua?ada sihat ka?tak moh sakit2 ye.

entry ni just nak bagitau yg tugas aku sebagai PEER MENTOR (PM) atau PEMBANTU MAHASISWA bagi Minggu Destini Siswa (MDS) sesi Mei-Oct telah pon berakhir pada 27Mei lalu.memang satu pengalaman baru yg amat berharga dan manis aku rasa.rasa macam nak panjangkan lagi MDS tu.best sangat-sangat!.semua PM memang terbaek ah.junior2 pon best jugak.sedih giler rasa dah tamat.sampai sekarang pon aku masih dok ingat2  aktiviti PM tme ni.biasanye time ni kena pergi dewan tuk handle siswa siswi kat sana.macam2 ragam aku jumpa.

nantila aku cerita di next entry beserta gambar skali.aku nak kenalkan korang semua dengan semua PM yg cute dan hensem.just wait and see ok dear..=.=

Sunday, May 15, 2011

.seLamat tiNggaL waHai blOg.~LoverS & haTers~.


assalamualaikum kaki blog dan kaki baca..

hari ni rasa tak berapa nak sihat la.tetibe kena flu plak.screen laptop pon dah basah terkena tempias.silap aku jugak tak letak wiper.err..!tapi ape2 pun demi blog yg tersayang aku gagahkan diri jugak untuk update entry baru.yela aku taknak la korang lari bila usha blog aku yg jarang2 diupdate.nanti tak dapat nak jadi blogger yg bagus.then,takleh nak join digi awards for blogger of the year.eh2!ada hati nak join.nanti belum ape2 dah kena reject.kan tak pasal2 dok melalak meraung 7 hari 7 malam.takpelah time kaceh jela.=.=

ok mesti korang heran kan apa kejadahnya dengan title kat atas tu.mesti korang ingat aku main2 ye dak?ohh tidakkk...aku betul2 akan ucapkan selamat tinggal kepada blog aku yg tersayang ni dan juga kepada mereka yg selalu usha2 blog comel ni.panggg!!bagi penampo sebijik.perasan je.+.+

firstly,aku nak mintak maap coz aku memang akan tinggalkan korang semua mulai lusa 17 May.kalau korang rindukan aku nanti jenguk2lah blog aku ni ye.kalau nampak dah bersepah atau berjerebu tu tolong kemaih2 ye.aku pasti akan rindukan blog ni dan korang semua.eh2,jap!ada ke yang akan ingat aku?err..kucing kurap kat rumah aku je kot yg akan ingat aku.isk.

ekceli aku memang akan pergi.tapi pergi untuk beberapa minggu je.haha.coz aku akan menjadi fasilitator untuk program 'Minggu Destini Siswa' a.k.a minggu orientasi untuk junior2 yg akan masuk UiTM Kelantan pada 21 May ni.lebih kurang seminggu kot progrm tu.17 May aku dah kena lapor diri kat UiTM nuh untuk menghadiri kursus bagi program tu nanti.

haa!siapla korang wahai bakal junior2ku nanti.boleh tak nak buli diorang??aku nak suruh diorang basuh baju aku,belanja aku makan tiap2 hari,masukkan top4 2 hari sekali,kemaih tempat tido aku tiap2 pagi,cuci bilik aku,pastu urut badan aku tiap2 malam.haa..!takut tak??alaa..tak cukup kejam lagi kan?hehe.inilah masanya untuk membalas dendam.dulu,sedap2 je senior buli aku time minggu orientasi.sekarang aku plak yg buli junior2.hahaha.(evil laugh).

*pic from google

eh2,aku gurau je tu.jangan tak jadi masuk UiTM plak.kan tak pasal2 aku yg kena reject nanti.hehe.takkanla aku nak buli junior2 aku plak.aku nak jadi akak fasi yg baek der.tak machola main kasar ni.(yela tu.macamla ko baek sangat.err..).ape2 pun aku nak ucap selamat datang kepada pelajar2 baru UiTM kelantan.ohh hey encem junior!this is your cute senior wanna be.so,be nice to me ok!bajet gatal siot.haha

so,last but not least wish me luck to be a good facilitator for my junior oke.harap2 aku dapat buat keje dengan baekla.dan harap2 senior2 lain beri tunjuk ajar dan kerjasama yg bagus nanti.aku ni budak baru belajar,kalau salah tolong jolokkan.eh2 tolong tunjukkan.hehe.ok uols,see u soo.kalau sempat sebelum pergi lusa aku update lagi blog ni.kalau tak jumpa lagi 2 minggu.isk2.rasa macam 2 abad je.wait for me yea blog.aku sayang ko wahai blog.muacks!

p/s : kalau ada apa2 pesanan tinggallah dekat komen @ cbox ek.sekian.

* tenz for reading.feel free to drop a comment.=,=




Thursday, May 12, 2011

.my Mom also in Contest.

assalamualaikum wahai para pembaca yg ku sayangi...!

today aku nak post pasal mom aku plak masuk contest oleh syarikat tudung FAREEDA.semalam anak hari ni mak.macam mat saleh cakap "like mother like daughter".haha.ooh,baru aku tau tadi yg contest aku dengan mom aku join ni sama je iaitu Pertandingan Model Tudung Mawar.cuma kategori je yg berbeza.aku kategoti pertama mom aku kategori kedua untuk yg chubby.ape?korang ingat orang muda je boleh jadi model?mom aku pon bolehla.hehe.




see that?chubby but comel kan mom aku?puihh!perasan punya anak.btw,kalau korang rasa nak support mom aku pergi ke SINI.pastu tekan like kat pikcer beliau.ooh,kalau nak support aku plak please like kat SINI.terima kasih bagi yg support and like pikcer kitorang.cayanggg korang!(=__+)

* tenz for reading guys..

Wednesday, May 11, 2011

.i'm in contest.

assalamualaikum readers..

entry ni aku post just nak cakap yg aku masuk pertandingan yg dianjurkan oleh syarikat tudung FAREEDA  iaitu Pertandingan Tudung Mawar (kategori pertama).untuk keterangan lanjut klik SINI.

ekceli aku nak masuk contest lain iaitu Kategori Pertama Pertandingan Model Koleksi Mawar tapi tengok tadi tup2 tercalon dalam kategori lain.aku pon secara automatiknye menggaru kepala yg tak gatal dengan perasaan heran.maybe tak layak kot untuk masuk contest model tuh.haha.ambik ko dah perasan cantik sangat nak jadi model tudung?(wat muka frust jap =.= )




aku join contest ni bukannya dah perasan diri cantik dan gojes macam Erra Fazira,Angelina Jolie atau Harun Salim Bachik.eh2??.tapi sekadar nak cari pengalaman baru.lagipun ni first time aku join contest macam neh..first tryla katakan.saje cuba nasib mana tau kot2 ada peluang menang.sepak kang perasan je lebih.=.=

btw,kalau korang rasa nak support aku bolehla ke SINI pastu tolong tekan 'like' kat pikcer aku macam kat atas tu ye.itupun kalau korang sudilah aku tak paksa.(wat muka kecian +.+ ).oklah,itu je aku nak bagitau.hehe

* terima kasih kerana membaca.^^

























Tuesday, May 10, 2011

.teriNgat zaMan 7 tahUn yaNg LepaS.

hai readers..meet me again!

a few days ago,ada sorang bekas cikgu aku tag pikcer masa zaman sekolah rendah melalui 'mukabuku'.memang lucu tahap dewa aku time tuh.dahla tembam pastu kulit plak cerah sikit daripada anak keling.memang terbaikla.cikgu pom apo ko hal yg p masukkan gambo tuh sume.wat malu eden ajo.hahaha.ape2 pun tq cikgu coz tolong rewindkan balik ingatan saya pada zaman 'kecomelan' saya tu.

korang nak tengok tak pikcer tu?tolong jangan terkejut beruk plak ye.dan satu lagi tolong jangan gelak.kalau hangpa gelak jugak aku suruh hantu kak limah balik rumah korang!

ok..cuba cari yg mana satu aku?cepat2!cari yg paling comel kat situ.dah konpem2 aku bukan yg pakai kopiah tu.kalau tak nampak guna kanta pembesar.

time ni masa camping unit beruniform.kalau tak silap aku masa aku darjah6.

yeah2!muka budak2 hingusan lagi neh.suke2.siapla korang aku nak post dalam fb.
(evil laugh)

 kenapa aku bulatkan mamat tuh?hak3.diorang semua tu bekas cikgu2 aku.yg aku bulatkan tu bekas cikgu praktikal muzik aku dulu.nama dye Edy.ok,tengok pikcer di bawah.

nampak tak yg aku bulatkan jugak tu?tupun cikgu Edy.sekarang dye dah jadi artis der.ahli kumpulan DUTA.aku sebagai ex-student dye harusla rasa bangga atas kejayaan dye kan!erm,agak2 ingat lagi tak dye kat aku ye??(imbas kenangan lama jap)

encem2 kan ex-teachers aku sume tuh.mujurla time tu aku kanak2 lagi.kalau tak maunye jadi bopren aku.haha

yeah2!tarik jangan tak tarik.MALAYSIA BOLEH!!

guru2 yg pernah mendidik aku di sekolah rendah dulu.jasa cikgu semua takkan saya lupakan!

mereka semua guru yang baik!aku bertuah menjadi anak didik mereka.

last,my mom.bekas guruku semasa di sekolah rendah dan akan jadi guru aku sampai bila2.guru aku yg paling aku sayang.guru di sekolah dan di rumah.dye yg banyak memberi tunjuk ajar pada aku supaya menjadi pelajar dan anak yg baik.

yeah!aku selepas tujuh tahun kemudian.ada perbezaan tak??tengokla sendiri.haha.

kalau korang nak tau,selama 8 tahun aku timba ilmu kat SK.BERIS PANCHOR,Bachok,Kelantan.bermula di pra sekolah sampaila darjah6.daripada tak kenal ABC,123 sampaila menjadi salah seorang pelajar yg cemerlang di sekolah tu.

aku nak ucap banyak2 terima kasih kepada guru2 yg pernah mendidik aku selama ni.jasa kalian takkan saya lupakan sampai akhir hayat saya.hanya tuhan yg mampu membalas jasa dan budi kalian.

p/s : kalau dah berjaya nanti janganla nak menyombong plak dengan cikgu2 yg pernah mencurahkan ilmu kepada kita.kalau tidak kerana mereka,kita tak mungkin berjaya seperti hari ini.sekian.+.+





Saturday, May 7, 2011

.bersYukuR itU perLu.

assalamualaikum readers..!

WARNING: (bakat sebagai penceramah bebas akan diasah sebentar lagi.jangan tukar siaran blog anda!)

*prof madya dr Nur Amalina wanna be.^^

malam ni aku nak bagi ceramah sikit pasal masyarakat di sekeliling aku.hak tuiii!mesti ada yg cakap camni kan."diri sendiri pon tak betol ada hati nak bagi ceramah kat orang".haa..inilah salah satu habit dalam masyarakat kita.asal orang nak bagi ceramah je mesti keluar sound2 rosak macam tu.memangla betol orang cakap kalau nak nasihat orang cuba2 la tilik diri sendiri dulu depan cermin.kalau takde guna air dalam tempayan nenek ko pon takpe.huh.ada aku kesah!aku cuma nak pendapat je berdasarkan apa yg terjadi di  depan.belakang,kiri,kanan,atas, bawah aku.tak salah kan?

memang sikap manusia kan sentiasa nak lebih daripada apa yg diorang ada sekarang.tak kirala dalam apa hal sekalipun mesti nak yg maximum punyer.tahap demand tu memang super duper high lah!apabila demand meningkat,scarcity akan terjadi.so,akan berlakulah shortage dan surplus dalam ekonomi.eh2 apasal tetibe masuk topik microeconomy neh?*konpius!

biasenye secara automatiknya akan terkeluarla dialog macam ni:

usop : aku tak puas hatila dengan w.chair yg aku ada sekarang neh.tak hebak sangat.aku ingat nak tukar
          coverset barula.lepas tu tambah kipas macam helikopter punyer.

kak limah : ko ni usop tak gheti nak bersyukur langsung.kan aku bakor je w.chair ko tu.

usop : bukan tak bersyukur limah oii,aku cuma nak hak lebih advance punyer.(itulah pentingnya english
          education).tak gitu limah?

kak limah : suka hati ko lah usop.malah nak dilayan.baek aku nyanyi.enjet2 semut,sape sakit naek atas...

haa..macam tulah kalau dah tek gheti nak bersyukur dengan apa yg diorang ada.asyik2 nak mengeluh pastu mulalah cakap kenapala rumah aku ni kecik sangat?kenapala kereta aku nie buruk sangat?kenapala muka aku ni hodoh sangat?kenapala aku tak kaya macam david beckham?

hello..!plissla beb.ko ingat dengan mengeluh macam tu je ko akan dapat apa yg ko nak?ini boleh diibaratkan seperti menunggu buah durian yg takkan gugur ko tau tak?dah kalau kita nak yg lebih baek dalam hidup,haruslah rajin usaha kan.lagipun kita perlu bersyukur dengan apa yg kita ada.itu semua kurniaan tuhan.siapa kita untuk merubah takdir kan.

tapi..kenapa bila seseorang tu dah berada di puncak tetibe je berubah.jadi berlagak,sombong.riak,perasan bagus dan yg sewaktu dengannya lah.benci bonar den.raso macam nak bakor je.itulah macam mantan PM kita cakap.MELAYU MUDAH LUPA.haih!

sepatutnya bila dah berjaya,kaya raya janganla nak sombong tak bertempat plak kan.itu semua Allah bagi pinjam je.bila2 masa Dia boleh tarik balik semua tu.nanti apo yg ado?harta hilang,kawan pon hilang.tinggallah ko sorang2 makan buah berangan.

so,moral of story nye ialah tak kisahla siapa kita,macam mana rupa kita,banyak mana harta yg kita ada, kita perlu sentiasa bersyukur.hidup ni kan cuma sementara.sampai masa kita akan pulang ke tempat asal.semua harta dunia akan ditinggalkan yg dibawak nanti ialah amalan2 semasa hidup.so,renung2lan dan selamat beramal.!sekian.+.+



*tenz for reading.feel free to drop your comment.+.+

Wednesday, May 4, 2011

.muSim meNterNak LemaK kiNi beRmuLa.


sebelum masuk topic wat muka poyo jap.
*maaf gambar lama.

yeay!sekarang sem-break telah pun bermula.aku sekarang sedang berhoneymoon kat rumah.betol la macam mat saleh cakap 'home sweet home'.tapi cuti tak lama sebulan je kot.sekarang kan da start sistem baru.sistem pemendekan sem.before,cuti dekat2 dua bulan.sekarang dah dipendekkan jadi sebulan je.tapi takpe cepat sikit habis study.aku pon boleh kawen cepat.har3.bagi penampo jap gatai tak hengat dunia.

dok kat rumah nie memang best!dapat makan 3,4 kali sehari.dahla lauk pauk mak aku masak sedap2.kalah chef wan.memang membangkitkan nafsu makan aku neh.yela kalau aku tak makan sape nak makan.nanti kesian kat makanan tu sume nangeh.macam orang tua2 cakap,masa sihat ni la nak makan banyak.nanti dah sakit konpem2 tak boleh nak telan lagi dah.hehe.memang sekarang musim aku menternak lemak.dah 3 hari cuti rasanya dah banyak lemak yg berjaya aku kumpul.agak2 kalau sebulan boleh buka kilang kot.err..


omg..xmoh jadik macam ni..!
*pic from google.


ok tutup citer pasal tu.aku sekarang tengah pikir apa nak buat masa cuti neh.(garu2 kepala sikit sambil makan kacang).selain makan,berak,tido,fb,blog bagai tuh apa aktiviti lain yg agak2 berfaedah sikit ye?alah..lambatnye korang pikir macam siput sedut.;p.ok aku dah dapat jawapannya.aku nak share ngan korang tips cuti aku ni.

1) tolong cuci semua pakaian kotor rakyat jelata dalam rumah korang.
cuba korang rajin2kan sikit diri korang untuk intai pakaian kotor dalam bilik mak ayah.abang,kakak,adik dan bibik pon boleh kalau dah hyper rajin.mesti dah bertimbun dan berbukit dalam raga tu kan?tak salah kalau korang kutip2 masukkan dalam washing machine.lepas tu tolong jemur dan angkat.siap tolong lipat dan gosk sekali.mesti mak ayah korang cakap "alahai susah2 je akak tolong cuci pakaian tu semua.kesian akak mesti penat kan.nah ambik RM100 ni wat beli topup".manala tau kan kalau nasib korang baik.hahaha.

2) kemas rumah yg dah macam dalam reban itik keadaannya.
yg ni biasala kan.apabila mak ayah korang sibuk kerja cari duit,dengan adik beradik plak jenis perangai suka sepahkan barang pastu nak lalu sepak2 gitu je,dan lagi teruk kalau korang ada adik kecik yg tengah dalam proses nak membesar.memang tunggang langgang jadinye rumah korang.kalah reban itik belakang rumah jiran korang.silap date ada tetamu datang mau pengsan nengoknye.so,sebelum ada yg terkena sakit jantung tengok umah korang yg bersepah tu baik korang tolong kemaskan.lagipun boleh kurangkan sikit lemak yg terkumpul dalam badan tuh.senaman yg agak baik juga neh.

3) ambik upah jaga budak.
cuba korang usha2 anak2 jiran kat sebelah kiri,kanan,depan,belakang,atas bawah rumah korang.mesti ada yg masih 4 tahun ke bawah kan?korang cubala tanya kot2 diorang nak pakai babysitter ke.boleh korang offerkan diri.bagi yg pompuan tu elok jugak coz dapat belajar cara2 nak jaga budak.nanti dah kawen seksok senang.takdela rasa kekok dah.hehe.

4) belajar memasak.
haa..yg nie konpem orang laki suka dengar neh.so,apa lagi wahai gadis ambiklah peluang cuti ni untuk belajar memasak.cuba rajin2kan diri masuk dapur tolong mak korang masak.mintakla tunjuk ajar secara berhemah.kalau pakwe korang tau mesti dye suka giler neh.yela bakal bini dorang nak belajar masak.kenyang perut diorang jugak nanti kawen.tak payah susah2 makan kat luar.orang cakap boleh tambahkan kasih sayang.betol ke?jangan tanya  aku coz aku takdak pengalaman lagi weh.

5) belajar main gitar.
ok yg ni fokus untuk kaum adam.kenapa aku pilih gitar?sebabnya adalah kaum hawa ni almost memang minat giler ngan lelaki yg pandai main gitar neh.yela menampakkan ciri2 lelaki romantik.lagipun time awek majuk bolehla korang mainkan lagu2 jiwang tuk diorang.mesti cair punye.bagi mereka yg tak gheti main gitar tuh even satu kod pun korang tak tau,haa bolehla rajin2kan diri untuk belajarnye ye.lagipun main gitar ni aku tengok cam best giler.aku sendiri pon memang ada angan2 nak jadi pemain gitar terkenal macam sham kamikaze ker.padahal satu kod pon tak kenal.huh!

haa..cukupla 5 tips aku bagi.nak taip panjang2 malas plak rasanya.ikut suka korangla kalau rasa nak folllow silakan.kalau taknak tak payah.aku merapu je lebih tu.haha.
apa2 pun aku nak ucap selamat bercuti kepada semua yg sedang bercuti sekarang ni.enjoy your holiday guys.bagi yg plan nak melancong kat mana2 tu aku suggest mehla melancong kat negeri kelahiran aku ni iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang.aku boleh tolong jadi pemandu pelancong untuk korang.weeee~.last,jaga diri.jaga kesihatan,jaga hati dan jaga perangai baik2..!xoxo+.+