.geNg cOmeL.

Thursday, July 21, 2011

. streSs pereNcah kehiDupan.

assalamualaikum.meet me again today my beloved readers!

sebelum aku masuk topik kat atas tu aku nak ambik kesempatan ni nak mintak maaf kepada followers baru aku coz maybe aku lambat sikit reply sapaan korang semua.dan mungkin jugak lambat sikit nak follow balik korang punya blog.bukan malas atau tak nak follow tapi line broadband macam siput sedut punya lambat.jangan ingat aku sombong plak ye ibu2 bapak2.jangan risau aku pasti ikut korang punye blog balik."dun wori be hepi go laki!"


ok.back to the topic.


stress??sape yg tak pernah alami stress kan?kalaulah ada manusia yg tak pernah hadapi stress memang bukan manusialah aku rasa.itu dah boleh dikatakan makhluk asing dah tu.aku pun selalu jugak stress.biasala kan hidup ni banyak masalah dan dugaan yg perlu kita hadapi.kadang2 stress dengan diri sendiri,keluarga,rakan2,kekasih,kerja dan banyak lagilah.kucing beranak dalam almari bilik kita pon stress jugak kan?mesti habis semua perkataan 18SX keluar.kalau dengar dek bakal mak mertuakan free2 je kena reject.meme!!so,aku rasa nak sharela serba sedikit cara2 nak reduce stress ni.yg ni berdasarkan pengalaman dan pandangan aku jelah.kalau rasa nak follow cara aku silakan.takdak paksaan pon.

1) Segera berwuduk.
apabila kita stress syaitan akan berebut-rebut untuk menguasai minda dan hati kita.kalau kita tak pandai untuk mengawal emosi kita pada masa tu memang kita akan bertindak mengikut nafsu bukan bertindak mengikut akal.so,tak mustahil lah kita akan buat kerja bodoh seperti telan ubat tidur berbotol-botol,tikam bantal sampai keluar kekabu,tengking bibik jiran sebelah rumah dan sebagainya.tak ke agak bangang perbuatan itu?that's why lah kita harus segera berwuduk.dengan berwuduk jiwa kita akan berasa tenang.insyaallah semua kerja akan menjadi senang dan emosi kita akan terkawal balik.


2)Bersangka baik dengan Allah.
sebagai manusia biasa,kita memang tak dapat lari daripada ujian Allah.ianya bertujuan untuk menguji keimanan hambanya.oleh itu,kita mestilah sentiasa bersangka baik dengan Allah.kita harus yakin bahawa setiap ujian yg dihadapi mempunyai hikmah disebaliknya.lagipun Allah tahu apa yg terbaik untuk setiap hambanya.betol tak?

3)Lakukan aktiviti luar seperti bersukan
yg ni memang aku suka.bagi aku kalau bersukan time stress serta merta stress tu akan hilang.contohnya berjogging,main netball or so on.even hanya berjalan kaki mengelilingi kampus pun dapat release stress tau.tambah2 kalau ada teman yg jenis happy go lucky.memang dapat menghilangkan masalah la.lagipun selain drp dapat menghilangkan stress bersukan juga dapat menyihatkan tubuh badan.bersukan free je pun kan!

4) Dengar muzik berentak slow.
you know what,music is my bestfriend ever!kalau aku tengah stress,biasanya aku akan dengar lagu2 yg berentak slow.tak kisahla lagu melayu atau mat saleh.asalkan aku akan rasa tenang bila mendengarnya.seriously,music boleh menstabilkan balik emosi dan jiwa aku yg kacau.i think that is the power of music.tapi,terpulanglah pada setiap individu kan.

5)melawat pantai
pada pendapat aku lah kan,hampir 90% orang sukakan pantai.(kajian tak bertauliah).mengapa?sebab mereka  dapat menghumbankan beban dan tekanan yg dihadapi ke dasar laut.ye dak?.samalah macam aku.aku tak tau kenapa bila aku tengok pantai dengan laut yg biru kehijauan tu,buat aku rasa tenang.i will feel free babes.betul lah orang cakap pantai ialah tempat untuk melepaskan tekanan selain daripada tempat beriadah.

6)menangis dengan sepuas hati.
ye,menangislah dengan sepuas-puasnya sekiranya dengan cara itu kita akan berasa lebih tenang.mungkin ianya merapakan salah satu terapi jiwa.sikap aku,aku lebih suka pendam perasaan.lebih kurang "luaran lain dalaman lain".kadang2 orang nampak kita gembira bagai tiada masalah tapi dalam hati hanya tuhan yg maha mengetahui.so,aku rasa tak salah sekiranya menangis untuk kebaikan tetapi janganlah sampai terlebih pulak.

7)Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


8)mulakan hari dengan senyuman
"senyum tak perlu kata apa-apa".pernah tak bila korang bangun je tido,first thing yg korang buat adalah senyum?aku pernah.dapat tak korang rasakan perbezaannya dengan bangun tido dengan muka masam macam cuka.?err..!ustazah aku pernah ajar bila bangun pagi,senyum lepas tu cakap cheese..!!mesti kita akan rasa ceria je.kalau korang tak percaya cuba buat.jika kita selalu senyum stress pun tak nak dekat kot.orang lain pun gembira je tengok kita kan!

p/s: cara-cara kat atas tu mungkin ada yg berkesan dan mungkin tidak.bergantung pada seseorang itu menguruskan stress mereka.tetapi,ianya sedikit sebanyak berkesan pada diri aku.terpulanglah pada korang nak ikut atau tak.sekian,renung-renungkan dan selamat beramal.:P


just smile even your life get messy.

9 comments:

ZWAN SABRI said...

Yang berwuduk tu plg berkesan... penah try.. hehe..
btw, ada satu lg tips untuk elak stress.. PELUKAN! hehe

MySuaraBlog: Nak Peluk Kamu!

miSs aMaL said...

memg rasenye y tu terbaek.pelukan?ahaha.sy rase y tu memg hlg trs stress.hee

Nizam Ijam said...

hehhehee.... kene berfikiran positif...hehe :)


” Nizam Ijam Dot Com”

miSs aMaL said...

ahaha..mcm entry awk kan?:P

Yana Farinha said...

org gile pon stress jugak kan.. ni kan pulak kite yg org biase ni. hikhikhik...

happy to be ur follower..=)

miSs aMaL said...

haha.btol3.stres2 jgk jgn smpai jd gile.hee.happy to be ur follower 2..:))

lurv sweety said...

:)

Ahmad Mustaqim said...

wah.........nice entry

miSs aMaL said...

hehe..biase je..:))