.geNg cOmeL.

Wednesday, July 27, 2011

.mereKa jUga Insan biaSa.

assalamualaikum readers..!

AMARAN: entry ini mungkin menyentuh sensitiviti  sesetengah pihak.jadi,firstly aku nak minta maaf jika ada yang terasa hati apabila membaca entry ini.bukan untuk mengaibkan tetapi sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.


maaf gambar tak berapa jelas.maklumlah guna hp biasa je..=.=

“luaran nampak happy tetapi dalam hati hanya tuhan yang tahu”.ya,biasanya camtu lah yang kita dapat tengok luaran seseorang kan?bagi sesetengah insan,walaupun sedih,walaupun berat bebanan yang ditanggung ,biarlah hanya mereka yang tahu.sebenarnya entry ini aku nak cerita pasal pengalaman aku melawat HOSPITAL PSIKIATRI RAJA PEREMPUAN ZAINAB 2,KOTA BHARU.(dah tu apa kaitannya?err..)

Ok,cuba bagitau aku.apa first impression korang tentang hospital ni?mesti korang ingat ni hospital sakit jiwa atau lebih tepat lagi ialah hospital gila kan?betul tak?kalau itu yang korang fikir ianya SALAH!sebelum pergi melawat sendiri ke hospital tu,aku pun fikir camtu jugak.tetapi sebenarnya hospital ini bukan sahaja untuk mereka yang mempunyai masalah jiwa tetapi juga untuk mereka yang mempunyai masalah fobia,trauma,tekanan perasaan,tidak yakin dengan diri sendiri,tidak dapat tidur malam dengan lena,takut dengan sesuatu,contohnya takut dengan warna kuning sehingga membuatkan mereka bertindak agresif,juga untuk mendapatkan nasihat kaunseling.tidak semestinya untuk orang yang kurang normal okey!

Ya,memang tak dinafikan di sana menempatkan insan istimewa yang dipilih oleh ALLAH untuk menghadapi ujian seperti masalah mental.dan sekiranya mereka dapat menerima uijan itu dengan redha,mereka merupakan bakal penghuni syurga.pegawai hospital tu bagitau,kita mesti berbuat baik dengan mereka.mana tau bila di alam sana nanti kita perlukan pertolongan mereka untuk turut menjadi ahli syurga.

Tetapi,apa yang membuatkan aku sedih bila pegawai kat sana tunjuk gambar penderitaan yang dialami oleh mereka yang kurang normal dari segi akal fikiran berbanding kita.mereka disisihkan oleh ahli keluarga sendiri.ada yang sanggup merantai kaki dan tangan semata-mata tidak mahu mereka bergerak bebas.ada juga yang dipaksa tidur di bawah rumah tanpa belas kasihan.ada yang tinggal di dalam rumah yang seperti reban ayam.dan ada yang didera dan menjadi hamba.

APA SALAH MEREKA??DI MANA LETAKNYA NILAI KEPERIMANUSIAAN??

 bila aku tengok gambar-gambar dan mendengar cerita daripada pegawai hospital tu aku terfikir siapa sebenarnya yang mempunyai masalah mental??apa hak kita untuk melayan mereka seperti  binatang??mereka juga insan biasa yang perlukan perhatian,kasih sayang dan sokongan daripada kita.sedangkan haiwan sayangkan anak,kenapa keluaga perlu melayan mereka yang kurang bernasib baik ini dengan cara yang zalim??


gambar drp pakcik google

Semasa kat sana,aku sempat bertemu dengan sesetengah pesakit hospital tu.memang,luaran mereka nampak happy je tapi dalam hati mereka hanya tuhan yang tahu.mereka tidak seperti kita yang boleh menjalani kehidupan  secara normal dan sempurna.tetapi,mereka tidak kejam seperti sesetengah insan normal tetapi sanggup membunuh dan menganiaya orang lain dalam keadaan waras!.

Di sana,pesakit disediakan pelbagai aktiviti.contohnya projek ikan keli yang dijaga oleh mereka sendiri.mereka juga diajar cara2 untuk membuat kraf tangan dan menjualnya.then,mereka diajar cara2 untuk menggunakan wang.biasanya pesakit yang datang kesini ialah berumur 17 tahun ke atas.mereka tak selamanya berada di sana,bila pihak hospital dah rasa mereka boleh menjalani kehidupan sendiri mereka boleh keluar.sepatutnya kita perlu memberi perhatian dan sokongan kepada mereka.bukannya menghina dan menyisihkan mereka.

Lastly,aku nak cakap peluang melawat ke hospital tu merupakn pengalaman yang berharga.bukan senang dapat jumpa pesakit tu semua. Banyak pengetahuan yang aku dapat.aku harap mereka semua akan sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.

*terima kasih kerana membaca.=)





No comments: