.geNg cOmeL.

Wednesday, February 8, 2012

.Beribu sesalan melupakanmu.

Assalamualaikum..:)


Hai manusia kacak dan cantik sekalian alam.ohh,lama benor rasanya aku tak update belog.dah berapa abad eh?urmm urmm ohh..4 minggu kot.huh,bagai kacang lupakan kulit.eh?

Beribu sesalan rasanya (*cett,bajet lagu hok 3 suara tu) tak hiraukan belog aku ni.sebab bila sang empunya belog tak keluarkan entry baru op kos la manusia lain takdak nafsu nak usha belog kita kan?yelah dah seratuspatpulohpointenam kali baca entry sama sampai muntah pink mana tak bosan.hohoho

Maaf,aku bukan blogger tegar.hmmm ==.

Btw,terima kasih kepada mereka yang masih sudi jenguk blog cabuk ni walaupun dah 3 tahun tak update.*tipu. maaflah aku bukan sengaja tak nak update tapi aku sangat-sangat sibuk pada 4 minggu yang lepas.sampai makan tak kenyang,tido tak lena,mandi tak sempat.siyes wa tak tipu. sambil wat muka 1.05 sen.

Antara sebabnya ialah :

1)      Cuti Tahun Baru China.
Masa  tahun baru cina hari tu aku dapat cuti seminggu.memang ohsem la sebab aku dapat balik lepak-lepak kat rumah sambil goyang kaki sambil telan cekedis.so bila ada kat rumah memang tak sempat + malas nak menaip bagai nih.asal nak bukak laptop je adik nangeh mintak buat susu pastu mom ajak p ronda-ronda satu Kelantan  pastu kena cuci pinggan mangkuk yang bertimbun dalam sinki (*ciri-ciri anak solehah.puiii!) pastu buat itu buat ini.nampak tak kesibukan tuh.huh!

2)      Bff bertunang.
Dalam cuti tu jugak kawan baik aku sejak zaman hingusan hok main tepuk amai-amai,panjat pokok durian mangga,gaduh tarik-tarik rambut bersama dulu bertunang. *alahai besar dah kawan aku nih.hiks.pastu kawan aku yang lain pulak kawen.haih!semua dah nak kawen tergugat iman kejap.wa nak jugak der...!    dush dush.tumbuk patpuloh kali.hmmmm.==.

 bff wa dah nak kawen lorh.wa lambat lagi.sob3

3)      Festival Kolej (FESKO).
Mingggu lepas pulak selama seminggu ada FESKO kat kampus aku nih.memandangkan aku pegang jawatan kat kolej jadi secara automatiknya aku dipaksa melibatkan diri dengan tidak relanya.tiap-tiap malam wajib bertugas kawal abang-abang ensem (*sambil cuci mata),budak-budak dan orang-orang tua memandangkan aku Biro Disiplin dan Keselamatan.dah jadi macam makgad pulak.siap ada kawan aku cakap,pakai dah cantik tapi muka nampak garang macam mak singa.demm!

4)      Esaimen dan test.
ok,bab esaimen dan test ni la yang tak seronok.dahla sibuk dengan kerja lain terpaksa pulak study untuk testla,kuizla,esaimenla.(*kes lupa diri dah nama lagi student) ingat nak mogok depan bilik sambil pegang sepanduk tak nak study.memang masa tido aku agak terjejas untuk 3 minggu yang lepas.cis,tak dapat nak amalkan gaya hidup yang sihat iaitu tido 6-8 jam sehari.


Jadi sekarang aku nak lepas gian mengupdate belog  10 entry sehari.*macamlah boleh.juga nak cover balik masa tido aku yang terganggu ekoran kesibukan hidup.hmmm,ni  belum kawen lagi dah sibuk.nanti bila dah kawen sibuk dengan husband lagi,anak lagi,keje lagi.arghh,asal tetiba cakap pasal kawen ni??.ok,fullstop.


p/s : Terima kasih kerana membaca.:)

4 comments:

Unknown said...

amboi sibuknyer dia..ptot lah menghilang

miSs aMaL said...

eheheh...a'ah 3,4 mngu lps bz ckt.skrg da free.blh updte byk2 t..:)

نورعيم said...

awak uitm mane eh?

miSs aMaL said...

uitm machang,klate...uitm jgk eh?