.geNg cOmeL.

Saturday, December 31, 2011

.selamat tahun baru wahai rakyat jelata.

assalamualaikum..:))


hai si comel pembaca blog miss amal sekalian..!eh eh korang sedar tak esok dah masuk tahun baru yakni tahun 2012?ke ada yang tak ingat atau di bawah sedar?hakhakhak


aku sangat yakin 100.99% ramai yang beria-ria sambil melompat-lompat nak keluar sambut tahun baru dengan atok korang kan?eh atok?err tak kisahla dengan sape pun kan asalkan tahun baru disambut dengan penuh gilang gemilang ye dak?tapi der,nak celebrate,celebrate jugak tapi jangan sampai tergadai maruah nanti menyesal terus telan racun tikus.sungguh tak hebak!


untunglah mereka yang dapat sambut kat mana-mana dataran sambil tunggu detik 12 a.m sambil tengok bunga api kalerful gedebum gedebum tu.aku jugak yang terperuk macam katak di bawah baldi kat bilik.sungguh tak cool.hmmm ==.





sekadar mampu lukis bunga api sebab tak dapat tengok live.

tiap kali masuk tahun baru mesti ramai yang pasang azam baru kan kan?azam lama hok berjela-jela tu dah ditunaikan semuanya ke kakak2 abang2 pakcik makcik sekalian? sambil termenung kenang azam lama.==.


kalau ada manusia tanya apa azam tahun baru aku,senang je aku jawab.

" alah brader,sama macam tahun lepas ah."hehehe.

eh eh apa azam tahun lepas aku haa?kejap nak rewind balik. sambil mata terbeliak macam bomoh siam.0,o

err,,kalau tak silap lah kan.azam aku tahun lepas ialah:

1- nak  dapat  pointer dekan. sampai sekarang tak dapat dapat.
2- nak jadi anak yang lebih baik. sejak azali lagi baik.hahaha

pastu  dah tak ingat.cool tak cool tak?hakhakhak. 

tapi tapi tapi,yang pastinya aku harap tahun 2012 ni lebih banyak kenangan manis macam cokelat daripada kenangan pahit macam kopi.aku nak hidup yang lebih cool,hepi go laki dan bermakna.tak perlu bazirkan air mata untuk perkara yang tak berfaedah.dan supaya hormon estrogen lebih stabil agar tenang di masa hadapan.teehee.

akhir kata untuk entry terakhir tahun 2011 ialah semoga tahun 2012 menjadikan kita seorang manusia yang lebih hebak daripada tahun sebelumnya.what is past just let it past.life must go on peeps!:)

p/s : terima kasih sudi meluangkan masa membaca entry miss amal..!

Tuesday, December 27, 2011

.whoahh..dunia makin bahaya!!.

assalamualaikum..:)



selamat pagi wahai rakyat jelata sekalian alam. eh eh dah pagi lah.==.
recently,aku selalu post entry tengah malam kan itupun kalau korang perasan.kenapa?kenapa?adakah aku seperti musang yang tido di siang hari dan berjaga di malam hari?

eh eh taklah.nak tau kenapa?sebabnya siang hari hidup aku amatlah sibuk.

sibuk dengan menampal berlian lip lap lip lap di baju mom aku kalah mak datin.
sibuk melayan adik kecik aku kejap mintak buat nenen kejap basuh berak dye,
sibuk memuaskan nafsu makan tahap hak hogan 
dan sibuk dengan merayau-rayau tapi bukan kutu rayau di bandar Kota Bharu. 
huh,nampak tak betapa sibuknya aku?==.


dah,dah bukan nak ceghita pasal tuh.:)

tadi aku dengan kuarga tercinta pergi mencuci mata di pasar malam Wakaf Che Yeh.siyes ramai gila orang memandangkan sekarang musim cuti sekolah ditambah pulak musim Year End Sale = musim melabur duit di setiap ceruk kedai.so,tak hairanlah kenapa berpuluhratusribu orang keluar melabur duit mereka tanpa rasa was-was namun menyesal di kemudian hari sebab boros tak tentu hala. samalah macam aku.weee~



dah apa kaitan dengan tajuk?hmmm.==.

ekceli aku nak ceghita insiden yang berlaku kat pasar malam Wakaf Che Yeh tadi.masa aku nak balik tu tetibe terdengar suara wanita menjerit kuat gila macam kena sampuk.ingatkan ada kes cabul ke apa.biasalah tempat berhimpit macam tu lelaki suka beno ambik kesempatan kan?pffff...!

aku pun apa lagi.cepat-cepat jadi penyiasat tak bertauliah.tapi bukan aku yang pergi menyiasat sebaliknya aku wakilkan papa aku untuk pergi tengok apa yang terjadi.hakhakhak.ternyata sangkaan aku salah.bukannya kes cabul tetapi kes ragut!

ada sorang makcik ni nak melintas jalan kot pastu tetibe je datang sebuah kereta cuba nak ragut beg tangan beliau.nasib baik tak berjaya kalau tak menangis tak berlagulah makcik tu.apa-apa pun bersyukur sebab bukan aku atau ahli keluarga aku yang menjadi mangsa spesis orang yang ada otak tapi letak kat lutut.

dan insiden ni dapat bagi aku pengajaran agar sentiasa berhati-hati melintas jalan.toleh kiri,toleh kanan,kepit handbag ketat-ketat di ketiak pastu lintas.ingatlah orang yang tersayang.eh?

p/s : peragut sekarang dah moden sebab guna kereta bukan motor lagi dah.masyarakattt...!==.

Friday, December 23, 2011

.semoga cepat sembuh wahai nenek.

assalamualaikum..:)


aku tau ramai yang tengah layan mimpi jumpa altomen sekarang neh.aku je masih di alam nyata lagi. dah mata empat segi kau tak nak tido lagi.grrrr~

beberapa bulan yang lepas aku kehilangan satu-satunya datuk belah papa yang aku masih ada.datuk belah mom dan nenek belah papa aku dah lama meninggal dunia.masa aku kecik lagi.kenangan dengan mereka pun aku tak berapa ingat.hmmm :(

sebelum baca lagi jomlah sedekahkan Al-Fatihah 
untuk arwah datuk dan nenek aku.
semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
AMIN..!

so,sekarang ni tinggal seorang je lagi nenek iaitu belah mom aku.siyes aku cakap nenek aku ni cun,berkulit putih dan nampak masih kuat walaupun umo dah lebih setengah abad. bangga patpuloh saat ada nenek cun.==.

tapi sekarang nenek aku kurang sihat.dia ada sakit jantung.selalu je sakit-sakit dada.biasalah kan bila usia kita makin meningkat macam-macam penyakit yang datang.itulah perkara yang aku sangat takut bila dah tua nanti.

tapi tapi tapi aku kalau boleh tak nak tengok nenek aku sakit.keadaan tu buat hati aku tak tenang sebab aku tak boleh tengok orang-orang yang aku sayang tak sihat.normal lah kan,semua orang macam tu kalau yang punya hati dan perasaan suci murni macam aku ni.sila jangan meluat.teehee. :)

aku harap nenek aku cepat sembuh dan panjang umo.sebab aku sayang nenek aku dan belum bersedia untuk kehilangan satu-satunya nenek yang aku masih ada.sebab aku masih belum puas bergelak ketawa dan mendengar cerita dan nasihat beliau.

tolong,tolong doakan kesihatan nenek aku jugak ye.!
semoga tuhan makbulkan doa kita.Amin..!

Wednesday, December 21, 2011

.End Year Random Giveaway.

assalamualaikum..:))

hai readers,aku ditag oleh si comel gadis tomato 

untuk join GA yg ohsem by Hana.


syarat penyertaan boleh klik kat SINI

nak tengok hadiah yg ohsem boleh klik kat SINI

walaupun cik Hana tak suruh tag kat blogger lain tapi aku nak tag jugak.
nah,blogger bertuah yang jadi mangsa tag :




. DONE .

.wordless wednesday.

assalamualaikum..:)




ramai blogger update entry wordless wednesday.so,aku pun nak jugak.memang tak nak kalah kan ==.
tapi words kat atas tu bukan useless but it's fact in our life.tapi aku nak tambah ayat aku sikit kasi lagi power.hakhakhak

just move on although  your spirit be down,
just move on although peole leave you behind,
just move on although people try to weaken you badly,
just move on although you think this world  is unfair, 
and just move on although you lost everything.
because,
God is creating the best story for you.


p/s : kata wordless.hmmm. ==.

Tuesday, December 20, 2011

.bagusnya kalau tangan berseni.

assalamualaikum..:)



dulu,aku selalu berangan nak jadi pelukis terkenal tak pun cukup hanya menjadi seorang yang pandai melukis dengan hebak contoh  macam maksedara dan paksedara aku.sebab mereka bila melukis wajah orang dan pemandangan alam memang sangat cantik.siyes wa tak tipu.

dan aku pulak bila cuba nak lukis wajah orang jadi wajah kambing.nak lukis rumah jadi kandang lembu.nak lukis  pemandangan sawah padi jadi pemandangan semak belakang rumah atok aku.demm!apo pun tak boleh.sambil kunyah cekelat cadburry.nyum3


ekceli aku ni sebenarnya mempunyai keluarga yang berdarah seni.kenapa?


 ~~> sebab mom aku seorang yang sangat hebak dalam bidang sastera
 terutama dalam mencipta sajak,puisi dan yg sewaktu dengannya.
masa beliau muda2 dulu selalu menang kalau masuk pertandingan dan pernah masuk paper tau.

~~> sebab toksedara aku ialah seorang penyanyi  dan
 boleh mencipta alat nyanyian beliau sendiri.nama glamer beliau ialah ALABALADI.

~~> sebab paksedara aku masa muda-muda dulu ialah
 seorang drummer hebak kat kampus beliau.

~~> sebab paksedara aku jugak hebak dalam membuat seni kraftangan.

~~> sebab maksedara aku sangat  hebak dalam bidang lukisan.
cuma tak jadi pelukis je.

~~> sebab paksedara,sepupu dan adik aku 
mempunyai bakat untuk menjadi photographer yang hebak.

tapi aku?aku tak berseni pun.!
hanya berseni dalam melilit shawl trend masa kini.mungkin.eh eh seni ke tu?booo~

tapi aku punya minat tau.tapi minat aku ni tak tetap.hari ni minat lain esok dah minat lain.cuma yang paling aku berminat sekarang ialah nak jadi photographer yg hebak.alah,kegemaran remaja abad ini kan.
ececeh minat nak bagus je kan.teehee

untunglah mereka yang mempunyai seni dalam bidang fotografi neh.yang reti nak snap dengan angle yang betul serta menghasilkan gambar yang super hebak.sebab setiap gambar tu ada nilai yang tersendiri,ada memori yang perlu diingati.dan sebab di setiap gambar ada lagu.eh?

kalau punya masa lebih tu singgahla kat page kawan aku ni.beliau baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi ni kot.tapi gambar beliau siyes bagi aku sudah cukup bagus.nice job incik Azrol.hakhak

harap-harap satu masa nanti impian aku ni menjadi realiti.
takdak yang mustahil kan?

.mengidam di tengah malam.

assalamualaikum..:)


buah durian yang arwah atok aku tanam.tapi sayang,tak sempat arwah rasa hasilnya.


ada yang cakap " eeuuw " bila  tengok buah ni,
ada yang cakap " weh busukla " bau  buah ni,
ada yang cakap"tekak  aku tak boleh nak telanlah " buah ni,

tapi  malam ni aku mengidam nak melantak buah ni.
sambil    tadah air liur yang  sedang meleleh keluar ==.
persetan dengan mereka yang anti dengan raja segala buah ni..!

aku hanya gadis kampung.aku  sangat suka makan buah-buahan tempatan.siyes lagi sedap daripada buah-buahan import.lebih segar,berkhasiat dan banyak kebaikan untuk tubuh badan.

ooh sedapnya kalau dapat mengkedarah buah ini malam ni.siyes boleh telan sampai 4 bijik.pastu tak sampai 15.59 minit mulalah keluar segala jenis angin melalui tuutt..dengan kuatnya disertai dengan bau yang amat menusuk lubang hidung.hakhakhak
euuww,tak senonoh betol.==.

whoahh tak kira..nak makan buah ni.nak jugak nak jugak nak jugak!pangggg!!mengada tak tentu pasal tengah-tengah malam ni.hmmm :(


p/s : teringat pulut durian yang mom aku buat ohh enaknya sampai menjilat jari.

Friday, December 9, 2011

.isu sensitif abad ini.

assalamualaikum..:)

hai rakyat jelata sekalian alam.dah beberapa hari aku tak update belog.huh,baru je tanam azam nak update entry setiap 14.99 saat.demm,azam tinggal azam bagai menanam tebu di tepi bibir.hohoho

btw,aku baru je siap melantak nasi dengan kuah ikan gulai buatan mom ohh sedapnya sampai menjilat jari bersama teh tarik menggelegak.sejurus kemudian,teringat kat belog terchenta dan terus menonong menghadap lappy.

sedang aku usha belog-belog bloggers sekalian alam tetibe terbukak belog miss geli dan terus membaca entry beliau tuh.kemudian dengan sepantas kilat aku bukak link yang beliau bagi :


cer bukak entry tuh.baru korang paham apa yang kecoh sangat ni.ok,cukup untuk buat mulut korang ternganga kan.

agak terkejut jugaklah sebab aku baru tau yang isu kpop (korean pop) ni merupakan isu sensitif abad ni.memang tak dinafikan peminat kpop sekarang berleluasa.aku pun minat kpop tapi tidaklah fanatik.sekadar minat denagn ceghita korea dan hero heroinnya yang kiut miut.

tapi dalam kes ni kesianla kat amira afiqah tu.orang lain yang tulis guna gambar dia tak pasal-pasal dia yang dapat hinaan dan caci maki para peminat kpop.sampai meremang bulu roma aku.sila baca belog mazidul akmal untuk tahu ceghita sebenar.

inilah amira afiqah yang menjadi mangsa tuh.

aku pun tak tau nak cakap apa.kang tak pasal-pasal belog aku pulak kena serang.haih.!
tapi satu je nak cakap kat sini,menjadi peminat kpop tak salah tapi janganlah terlalu fanatik sampai merosakkan adab kita sebagai seorang melayu dan muslim okey.peace..:)

p/s : aku peminat kpop (kelantan pop).hakhakhak

Sunday, December 4, 2011

.tolonglah tenang wahai hati.

assalamualaikum..!


ohsemnya kalau ada orang tolong sejukkan hati cenggini.sangat manis!

ohh bagusnya kalau dapat keluar bilik saat ni pergi menikmati mandi hujan renyai-renyai di padang bola.bermain air hujan tanpa pikirkan apa-apa masalah.
untunglah kau wahai katak sekalian alam dapat berjimba dalam hujan ohh sejuknya.demm!

tapi hujan yang agak lebat jugak ni tak dapat nak tenangkan hati aku.siyes!

pernah tak tetibe je korang rasa nak marah walhal takdak manusia ataupun menatang yang buat korang marah?

pernah tak tetibe je hati korang rasa tak tenang dan gelisah tak tentu hala macam tengah tunggu giliran nak cabut 14 batang gigi walaupun sebenarnya tak?

dan pastinya mereka yang rapat dengan korang akan menjadi mangsa nafsu serakah hak hogan korang tuh.kesian mereka yang tak bersalah.
dan untuk menampakkan lagi kezaliman korang mesti korang akan cakap " ada aku kesah? " tanpa ada belas ihsan.

why?kenapa?kiya hua?
mesti ke ada perasaan tak tentu hala macam nih?whoahhh..!!

" eh eh perlu lah kak dah nama lagi manusia.
kalau takdak perasaan macam tuh mesti robot takpun altomen."

tetibe ada budak  tak takut mati menjampuk. ==.

dan pastinya pada saat dan ketika ini aku perlukan mereka yeng tertentu tolong sejukkan hati aku macam aiskacang takpun sejuk dan sedap macam aiskrin magnum yang bersalut coklat sungguh lazat.
eh eh apa kaitannya?lantak.


tolong doakan perasaan amarah aku cepat hilang.dan tolong doakan aku dapat tido lena malam ni
sampai tak hengat ada class pagi esok pun takpe.ya tuhan,tenangkanlah sekeping hati hambamu ini.==.


till then,selamat malam.:)

.rutin harian abad ini.

assalamualaikum..:)






* maap doodle huduh sebab spm tak ambik seni.wuuu ==.

rutin harian sungguh ohsem,
ohsem sungguh rutin harian,
selamat malam  lambatlah siang.