.geNg cOmeL.

Friday, January 20, 2012

.Depan macam bidadari belakang macam sehtan.

Assalamualaikum..:)


Sebelum memulakan topik kita pada hari ini (* cett,macam ketua kampung nak bagi ceramah je ) aku nak ucap selamat ali laya cina kepada semua apek-apek dan amoi-amoi sekalian alam.kalau ada angpau lebih silalah hulur banyak-banyak.boleh wat beli coki-coki perisa coklat stroberi.oo yeah oo yeah..!

*Ok back to topic ==.



Musuh dalam diam => sang manusia @ makhluk asing yg berdendam secara senyap yakni depan kita bagai bidadari tapi belakang macam sehtan.dan yang pasti kita tak sedar pon spesis manusia berhati busuk macam bangkai ni di sekeliling kita.sebab mereka sangat bijak menyembunyikan sikap huduh mereka itu. Whoahh boleh jadi pelakon kelas antarabangsa.!

Contoh senang macam nilah,depan kita mulut manis macam cakelat bluberi tapi belakang mak aihh mulut macam longkang.mengumpat,mencaci,mengutuk,menghina,memfitnah dah jadi sebati dalam diri mereka.yang paling kagum lagi habis dijaja ceghita kita kat semua orang. dan kalau tak cukup maklumat yang dia korek pasal kita sanggup pulak bersusah payah jadi detektif tak bertauliah cari sumber lain. Ohsem kan mereka.wa tabik lu der..!:D

Lumrah hidup,lebih ramai manusia yang ingin lihat kita jatuh tersungkur daripada melihat kita berdiri gah.dan yang pastinya macam-macam cara mereka lakukan untuk buat hidup kita huru-hara.dan apabila hasrat mereka tarlaksana mereka akan bertepuk tangan sambil bershuffle malah berpesta 4 hari 4 malam meraikannya.ohh,hebat sungguh mereka.sejuk perut mak bapak mereka punya anak berhati MULIA.

Memang,aku pun bukan jenis manusia yang berhati suci bagai embun pagi.tapi aku bukan manusia jenis berdendam sampai eksaited gila vavis nak tengok manusia lain menderita.aku pun pernah difitnah,dicaci,diumpat di belakang aku.benda ni akan sampai ke pengetahuan kita jugak.cepat atau lambat je.dan walaupun kita tak tahu tapi tuhan Maha Mengetahui.

Bumi kan bulat sfera.
jalan punya jalan jumpa tempat sama jugak.==.

Jadi,tak perlulah nak dengki bagai nih.dah orang lain punya hidup yang lebih baik dan punya rupa yang lebih jambu daripada kita nak wat camne.kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada.bukannya dengki dengan apa yang orang lain ada.hmmm,tepuk dada tanya selera.kenyangkan perut dengan nasik bukan dengan umpatan.:))


Terima kasih kerana membaca.:))

Wednesday, January 18, 2012

.jangan pandang pada rupa.

assalamualaikum...:)


kesian babi,beruk,anjing,orang hutan,gajah dan kaum kerabat mereka jadi mangsa caci maki sang manusia.hakhakhak

* p/s : budi bahasa amalan kita..:D

Sunday, January 15, 2012

.ingat atau lupa,lihat atau toleh.

Assalamualaikum...:)


 loneliness cannot kill me.

Pernah tak dalam hidup korang rasa diri tak dihargai?rasa macam kita je ingat mereka tapi mereka tak ingat akan kita malah tak terlintas walau 0.99 saat dalam kepala otak mereka?

demm,sungguh tak adil.!

Then,bila kita tanya mereka  kenapa tak mecej atau kol atau pos surat kat kita, kita macam tak boleh terima berpuluhratusribu alasan yang diberi.kenapa?kenapa?bukan sengaja tak nak terima cuma hati sakit.rasa macam tak berbaloi ingatan dan segala beban ombak rindu yang terpaksa kita lalui selama mereka tidak hiraukan kita.sebab sebab sebab,setiap masa itu adalah berharga.perlu ke kita sia-siakan masa untuk mereka yang tak hargai semua tu? *tetiba emo ==.

Mungkin mereka akan cakap yang mereka tak mintak pun kita ingat mereka.mereka tak mintak pun kita hiraukan pasal mereka.mereka tak mintak pun kita hargai mereka. Tapi mereka tak sedar yang setelah mereka muncul dalam kamus hidup kita,mereka menjadi orang yang penting.mungkin sangat penting sehingga mendapat tempat di setiap ceruk hati kita.

Alah,apa nak heran der.what goes around comes around.hari ni kita yang bagai nak mati tapi tak mati ingat dan sayang mereka.so,tak mustahil lah kalau esok atau lusa mereka pulak yang bagai nak mati ingat dan sayang kita.detik tu barulah mereka tahu apa rasanya punya hati dan perasaan tapi tak dihargai.sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna.kan kan kan!dunia kan bulat sfera.jalan punya jalan nanti jumpa tempat yang sama jugak. eh eh apa kaitan plak?.hiks

Mereka yang tak reti menghargai tak layak dihargai,
Mereka yang tak reti menerima tak layak diberi,
Mereka yang tak reti menghormati tak layak dihormati.

Hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa.kalau hati cakap sayang maknanya sayanglah.kalau hati cakap benci maka bencilah.kadang-kadang rasa macam nak percaya kata-kata ni:

“ Jangan terlalu menyayangi seseorang sebab tak mustahil akan bertukar benci,
Dan jangan terlalu membenci seseorang sebab tak mustahil akan bertukar sayang..”
*Takleh nak cakap apa sebab tak pernah rasa.==.


p/s : untuk mereka yang tak reti menghargai apa yang orang lain beri anda ialah manusia yang rugi.dan akan menjadi sangat-sangat rugi sekiranya suatu hari anda kehilangan mereka yang sudi menghargai,menyayangi dan mengingati anda dengan setulus hati.jadi,renung-renungkan dan selamat beramal.:)


* Terima kasih kerana membaca.:))

Thursday, January 12, 2012

Trip FINANCE to Kuala Lumpur

Assalamualaikum...:))

Selamat petang manusia-manusia comel sekalian alam.ohh sejuk sungguh cuaca di bumi Machang,Kelantan detik ini.sehingga terpaksa mendorong aku untuk memakai stoking kaler hijau serta berselimut dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.fuhh,nak menaip pun terketar-ketar. *tipu

Hari Khamis hingga Sabtu yg lepas aku p trip subjek Finance ke Kuala Lumpur.trip sambil belajar sambil berjimba sampai lenguh segala anggota badan.so,destinasi yang dituju berkaitan dengan subjek ni ialah:

1)      Fstep : Financial Sector Talent Enrichment Programme




Secara ringkasnya Fstep ni alah tempat untuk melatih mereka yg akan menjadi seorang pekerja bank.nak masuk sini kena interview dan kena ambik exam dulu.kat sini mereka akan diberi latihan tentang cara-cara untuk menjadi pekerja bank yg bagus daripada cara bercakap,berjalan segala tuh.dan yg paling penting mesti fasih berbahasa omputih okeh.

2)    Agro Bank


bakal-bakal manager bank.hakhak

Hmmm,semua manusia tahu yang tentang Agro bank kan?alah,yang pasal pertanian semua tu.nak pinjam wang tuk wat bisnes dalam bidang pertanian lah.nak tau dengan lebih lanjut sila tanya pakcik google eh sebab aku pun tak tau sangat.cis,nampak sangat fail untuk jadi pekerja bank.wuuuu ==.

* nak p Bank Negara Malaysia tak kesampaian
sebab dah ramai sangat students apply sana.kempunan sungguh.sob3

Btw,trip ni bukan p dua tempat tu je.memangla fokus utama nak p tempat yg berkaitan dengan subjek Finance tapi bak kata orang sambil menyelam sambil minum air sambil pancing
ikan.hakhakhak.so,alang-alang dah ada kat Kolumpo  sempat jugak la aku dan geng bas sekolah bersiar-siar di bumi tersebut yang penuh dengan bangunan-bangunan gah serta beratusribujuta manusia.


Antara tempat yang sempat kami jejakkan kaki ialah I-City,Dataran Merdeka,Sogo dan Sunway Pyramid.maka,sempat jugaklah kami perabiskan wang hengget dengan bangganya.demm!banyak gila sale kat sana.dalam kepala otak mintak borong semua barang yang berkenan tapi hati kata jangan.maka tangan tak boleh nak rembat sesuka hati.sebab pikir bila balik kolej nanti tak berbaloi makan biskut cicah air kopi sebab poket dah kering kontang.cis,dunia sungguh tak adil!

gadis-gadis pujaan malaya.buwerkk!!

Kesimpulannya ialah (wahh,siap ada kesimpulan ) trip ni best jugaklah.sebab banyak pengetahuan yang aku dapat pasal bidang banking nh.since aku ni budak banking mestilah kena tau jugak pasal apa yang aku belajar dalam kos nh.kalau tak boleh buang ke laut je lah diploma aku nanti.hiks


p/s : terima kasih sudi baca.dipersilakan komen banyak kali.hakhak :))

Monday, January 9, 2012

.Tak payah nak ketar lutut sangat.

Assalamualaikum..:)



Sedang manusia lain sibuk menonton ceghita Korea feveret mereka serta sedang manusia lain khusyuk menonton tb tentang kes liwat Anuar Ibrahim yang tengah hot sampai nyamuk melintas pun tak hirau aku pulak sibuk dengan menyiapkan resume serta job application letter.

“ Eh eh saudari dah nak keje ke?dah habis belajar ek? ”
Tetiba ada balak muka sebijik Aaron Aziz tegur.

Ye, memang aku ada interview kerja  esok tapi tak bermakna dah habis belajar.dan tentunya kalau nak p interview mesti sediakan resume serta job application letter sekali.tapi tapi tapi,ini bukan nak mintak kerja betul2 tapi ini sekadar latihan sahaja dan wajib dilakukan sebab akan diambil markah!

Ok dah mula terasa kejang segala urat saraf yang ado menghitung detik.hilang segala cakap besar sebelum ni yang berangan nak jadi perdana menteri berucap depan berpuluhratusribujuta manusia.cis,sungguh tak cool!

Syukur aku dah berjaya siapkan resume berserta job application letter.tinggal nak print out je.tapi sekarang tengah berperah otak bekerja keras untuk mengagak soalan-soalan yang akan ditanya oleh sang pensyarah esok.macam nak mintak keje betul pulak tension ahh.

Sekarang ni aku tengah practice macam mana nak membalas serangan daripada sang pensyarah esok.siap cakap sorang diri sambil wat gaya Berrak Obama berucap.sebab nanti kena speaking weh. *itulah pentingnya English Education.

Dalam kepala otak tengah sarat pikir baju mana nak pakai esok biar nampak anggun dan hebak seperti pekerja yang berwawasan tinggi?mekap jenis mana nak tenyeh kat muka biar nampak cun tapi tak over dos?macam mana nak jalan dengan penuh riak dan takabur masuk bilik interview?dan macam mana cara nak mulakan sesi interview supaya tak nampak tangan dan lutut terketar-ketar macam Parkinson serta jantung berdegup 150km/minit? Bajet nak nampak cool walaupun tunggu masa nak pengsan.

Siyes tido malam ni tak lagi lena dengan mimpi-mimpi indah bersiar-siar di taman bunga.tido pun dengan penuh debaran di dada sambil tangan di dahi.ahh,rilek ah geng interview je pun bukan nak akad nikah.huh!
Oklah,selamat tido wahai manusia sekalian alam.aku nak sambung cakap sorang-sorang sampai pagi esok. Sambil cakar dinding.==.


*terima kasih kerana membaca.:))

Monday, January 2, 2012

.trip to Pulau Langkawi.

Assalamualaikum...:)




ini bukan siput babi.aku pun lupa menatang apa nih. :D

Ekceli 3 minggu lepas aku p bercuti kat Pulau langkawi tapi baru hari ni nak post pasal lawatan sambil menghabiskan wang kertas serta syiling yang ado di setiap ceruk purse termasuk poket seluar.eh panjangnya ayat!hiks.

Secara jujurnya,Pulau Langkawi ialah salah satu tempat feveret aku.kenapa?kenapa tidak pulau pangkor atau  Pulau Tioman hok air laut comey lotey tu?sebab  kat Pulau Langkawi ada burung helang hok besar tu ke?eh eh taklah bukan sebab tu.sebabnya adalah kat sana kan kawasan bebas cukai.maka,banyaklah barangan yang murah-murah dan amat sesuai untuk melabur wang anda.!memang sangat-sangat teruja bagi seorang yang gemar berbelanja tak tentu hala macam aku.perabis duit mak bapak je kejenya.hakhakhak

Yang paling aku suka ialah apabila aku dapat memuaskan nafsu hak hogan aku untuk membeli-belah cokelat-cokelat kegemaran dengan harga murah tanpa rasa was-was sambil meleleh air liur.siyes sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata nak merasa segala jenis cokelat yang sedap,kalerful serta pelbagai bentuk.rugi tak cuba benda ada depan mata der..sambil kunyah cokelat farero rohsey.==.

Orang cakap kalau p Pulau Langkawi tapi tak rembat sebotol dua minyak wangi tak sah der.so,sasaran seterusnya ialah perfume shop kat Pekan Kuah dan ternyata apa yang ada kat sana tidak mengecewakan!.siyes aku jadi macam orang sawan bila masuk kedai minyak wangi tuh.sebab harga perfume kat sana amatlah murah 3x ganda kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.yelah dah nama lagi duty free zone kan.rasa macam nak je angkut dengan kedai sekali bawak balik Kelantan.untunglah masyarakat kat sana dapat beli perfume murah-murah.mesti wangi je mereka kan.  *jehles sambil wat muka ketat.:(

Walaupun dah beberapa kali aku p Pulau Langkawi ni tapi tak pernah rasa bosan weh.sebab memang banyak tempat menarik dan cun kat sana.contohnya Pantai Chenang,Dataran Lang,Underwaterworld,Bird Paradise,Cable Car,Makam Mahsuri dan banyak lagilah.kalau nak listkan sampai petang esok tak habis.



dah kenapa shoot gambar bontot ni.hmmm ==.

Yang paling best ialah cable car.walaupun gayat sampai nak muntah kedarah tapi enjoy sebab dapat tengok pemandangan dari atas yang sungguh ohsem + super duper lawa.pastu kalau kat Underwaterworld boleh tengok macam-macam jenis ikan daripada saiz yang paling kecik hingga ke paling besar.ada hok bentuk bulat,leper,empat segi dan banyak lagi ah.yang paling menarik dapat tengok si penguin terkedek-kedek berjalan dan berenang.sumpah comel!

Siyes aku cakap bagi korang yang nak bercuti bersama keluarga atau cowok/cewek masing-masing aku suggest Pulau Langkawi bcoz i’m sure you will have a great time there.pernah jugak terpikir bila kawen nanti nak p honeymoon kat sana.gatai nak mampos.hakhakhak.=D

p/s : terima kasih daun keladi sudi baca entry merapu miss amal.:)