.geNg cOmeL.

Monday, January 9, 2012

.Tak payah nak ketar lutut sangat.

Assalamualaikum..:)



Sedang manusia lain sibuk menonton ceghita Korea feveret mereka serta sedang manusia lain khusyuk menonton tb tentang kes liwat Anuar Ibrahim yang tengah hot sampai nyamuk melintas pun tak hirau aku pulak sibuk dengan menyiapkan resume serta job application letter.

“ Eh eh saudari dah nak keje ke?dah habis belajar ek? ”
Tetiba ada balak muka sebijik Aaron Aziz tegur.

Ye, memang aku ada interview kerja  esok tapi tak bermakna dah habis belajar.dan tentunya kalau nak p interview mesti sediakan resume serta job application letter sekali.tapi tapi tapi,ini bukan nak mintak kerja betul2 tapi ini sekadar latihan sahaja dan wajib dilakukan sebab akan diambil markah!

Ok dah mula terasa kejang segala urat saraf yang ado menghitung detik.hilang segala cakap besar sebelum ni yang berangan nak jadi perdana menteri berucap depan berpuluhratusribujuta manusia.cis,sungguh tak cool!

Syukur aku dah berjaya siapkan resume berserta job application letter.tinggal nak print out je.tapi sekarang tengah berperah otak bekerja keras untuk mengagak soalan-soalan yang akan ditanya oleh sang pensyarah esok.macam nak mintak keje betul pulak tension ahh.

Sekarang ni aku tengah practice macam mana nak membalas serangan daripada sang pensyarah esok.siap cakap sorang diri sambil wat gaya Berrak Obama berucap.sebab nanti kena speaking weh. *itulah pentingnya English Education.

Dalam kepala otak tengah sarat pikir baju mana nak pakai esok biar nampak anggun dan hebak seperti pekerja yang berwawasan tinggi?mekap jenis mana nak tenyeh kat muka biar nampak cun tapi tak over dos?macam mana nak jalan dengan penuh riak dan takabur masuk bilik interview?dan macam mana cara nak mulakan sesi interview supaya tak nampak tangan dan lutut terketar-ketar macam Parkinson serta jantung berdegup 150km/minit? Bajet nak nampak cool walaupun tunggu masa nak pengsan.

Siyes tido malam ni tak lagi lena dengan mimpi-mimpi indah bersiar-siar di taman bunga.tido pun dengan penuh debaran di dada sambil tangan di dahi.ahh,rilek ah geng interview je pun bukan nak akad nikah.huh!
Oklah,selamat tido wahai manusia sekalian alam.aku nak sambung cakap sorang-sorang sampai pagi esok. Sambil cakar dinding.==.


*terima kasih kerana membaca.:))

4 comments:

susulemakmanis said...

amal,goodluck!eh,ade eh mamat sebijik ngn Aaron??wow!heeh

miSs aMaL said...

hee..tq dear.a'aahh ada kot!hahaha

محمد رازيق said...

gud luck. hehe.. wow siapakah mamat itu?? free2, jmput singgah blog, jmput bc entri HUKUM MANDATORI??

miSs aMaL said...

hehe..time kaceh.entahla.haha:)