.geNg cOmeL.

Tuesday, March 1, 2011

.SePi.

Kehidupan adalah satu perjalanan.dalam melayari kehidupan banyak perkara yang perlu kita tempuh.suka duka silih berganti.ada kalanya perasaan bahagia menyelubungi diri.dan ada kalanya sunyi dan sepi menghimpit diri.perasan ini datang silih berganti.itulah uniknya manusia.bisa merasai semua perasaan yang dikurniakan daripada sang pencipta.di sinilah kebijaksanaan manusia diuji.Cuma persoalannya bagaimana caranya kita mengemudi sekeping hati  yang kita miliki?pastinya kita tidak mahu tewas…
Hidup ini hanya singkat untuk kita bazirkan dengan derita dan air mata.namun ada kalanya sekeping hati kecil yang kita miliki senang rapuh.mudah dikuasai oleh perasaan sunyi.padahal kita punya keluarga,kekasih dan teman-teman di sekeliling kita.ada kalanya kita merasakan mereka menjauhkan diri daripada kita..rasa tidak dipedulikan dan tidak disayangi.oh..perasaan ini perlu dijauhkan.namun ada kalanya kita tewas dengan perasaan sendiri.keliru….

Bagiku perasaan sunyi yang sentiasa menghantuiku adalah kerana mereka yang bergelar teman.aku rasakan ada kalanya aku jauh daripada mereka walaupun dekat.entah kenapa perasaan bodoh ini perlu hadir dalam diriku.mungkin kerana aku seorang yang berhati lembut.mudah terusik andai diri kurang diambil perhatian.puas aku cuba menepis perasaan ini namun masih setia menemaniku.sunyi….sepi…
Satu kelemahanku adalah aku bukan seorang yang suka berterus terang.aku lebih senang mendiamkan diri dan memendam rasa.biar mereka tidak tahu akan apa yang aku rasakan.aku lebih senang begitu walaupun hakikatnya hatiku menangis.mereka tidak sedar itu.aku tidak mengharapkan belas simpati sesiapa.coretan ini hanya untuk meluahkan rasa.bukan niatku untuk menghukum mereka jika aku menjadi seorang yang pendiam.aku tahu aku sedang menipu diri sendiri namun apa lagi yang bisa ku lakukan.mungkin itu yang terbaik.aku tidak suka menyusahkan sesiapa.aku hidup bukan untuk menjadi beban kepada insan lain.selagi aku bisa bertahan,tidak akan mudah semangatku dipatahkan.aku bukan seorang yang lemah…!

Andai sepi menjengukku,hanya kepadaNYA aku meluahkan rasa.hanya kepadanya aku bersujud dan memohon agar diri ini terus kuat untuk menempuh hidup pada hari esok.doaku agar bila mataku terbuka dari tidur yang lena biarlah segala kesunyian ini hilang.dan andai mataku tidak lagi terbuka untuk hari esok,biarlah pergiku dengan perasaan yang tenang.pergilah sepi….

Bisik ku pada bulan,
Kembalikan temanku,

Kekasihku, syurgaku,

Tanpa dia malam menemaniku,
Sepi memelukku,

Bulan jangan biar siang,

biar malam ini kelam,
Biar ia sepi sepertiku…

              filem SEPI.  
              





No comments: