.geNg cOmeL.

Tuesday, May 8, 2012

.alasan menyepi.

Assalamualaikum..:)

Hai si comel dan si encem sekalian alam.omg,omg!!lama bebenor belog ni tak diupdate.dah berapa abad agaknya eh?umm umm korang kiralah aku malas nak kira.hohoho -,-"

ada tak abang-abang comel rindu saya? kening-kening' *o*

tetibe je hari ni tergerak hati nak update blog balik.kenapa?kenapa?sebab sebab dah takdak sangat keje nok buat.demm!bila dah boring gila kentang baru nak ingat blog.baru nak insaf sambil renung siling kapur yang aku sebenarnya seorang blogger.waktu senang lupakan malah tak jenguk lansung.macam kacang lupakan kulit.huh! *tetiba emosional. -.-'

atas kehendak diri sendiri aku nak catatkan patpulohpointlapan sebab blog ni tak diupdate.hadoi,banyak benor nih alasan nak catat.nak stat yg mana dulu ye?jap nak pikir limabelas saat.

1) Gigih membuat duit poket.
untuk pengetahuan korang,sekarang ni musim cuti sekolah ehh cuti semester.disebabkan duit ihsan PTPTN sudah lama habis dan duit dalam bank tinggal sepuloh hinggit patbelas sen maka aku dengan gighnya memerah kepala otak untuk menjana pendapatan demi sesuap nasi ayam.

"eh eh u  buat kerje apa tu?jadi surirumah sepenuh masa ke?tak sabo nak tau nih!"
tetiba ada mamat bangla tegur. 

 tudung bawal 2 tone,3 tone kosong dan ada berlian.

contoh.ada bayak lagi.macam-macam kaler dan jenis corak berlian.

* tudung obama pun ada jugak.:)

Ini lah kerja aku sepanjang cuti semester ni.BERNIAGA!.eheh.best rupa-rupanya berniaga nih.sebab dapat upah mom bagi.teehee.walaupun tak banyak mana tapi sekurang-kurangnya dapat jugak duit poket tiap-tiap minggu.ko ada?hakhak. :)

2) Sibuk.
cakap je cuti sem tapi sibuk kalah retis yg shooting sepuloh drama bersiri.yelah sibuk dengan kerja meniaga aku tu lah.eksaited sangat dok tampal berlian kat tudung sampai lupa laki dan anak-anak nak makan.bajet2.ehehe.

kite jual kat pasar je.kite takde kedai kain besar pun.tapi kite suka.:)

lagi,sibuk ke hulu hilir dengan bonda tersayang usha gudang-gudang bagi mencari stok tudung setiap minggu.mana boleh terputus bekalan der,nanti duit tak masyuk lah.lagipun tak mau hancurkan harapan pelanggan yg nak membeli.ohh,sekarang aku dah ada beberapa orang pelanggan tetap tau.suka suka suka..!! *senyum sampai nampak gigi. :)=

3) Sifat malas menguasai diri
apabila sibuk dengan kerja lain maka sifat malas untuk duduk tercongok depan laptop sambil mengupdate blog semakin menguasai diri.nafsu menaip terus hilang diganti dengan nafsu berniaga.tetiba terasa macam bisneswoman berjaya.hohoho.

cis,bagai kacang lupakan kulit lagi.ini tidak adil..!

so,aku nak mintak maaf banyak-banyak kepada mereka yg selalu jenguk blog aku tetapi hampa sebab dah lama tak diupdate.sekarang aku dah update kan kan kan.jangan merajuk tau !

till then,big hug.chow! :))

Thursday, February 23, 2012

.Pengalaman menjadi cikgu

Assalamualaikum...:))

Selamat pagi tengahari si jejaka hok jambu dan si gadis hok comel semua.dah bekpes ke kalian semua?aku belom.whoahh...lapar lapar lapar.!tetiba teringat nak makan nasi ulam + budu + ikan rebus goreng + telur dadar kegemaran sejak azali.ahh,meleleh air liur dah ni weh.Hmmm,aku minah kampung je. ==.

Dah dah,berbalik kepada cerita asal. ^,^

Minggu lepas aku p interview untuk jadi fasilitator program Bakti Siswa anjuran Persatuan D’BANQUERS. Persatuan D’banquers ni ialah persatuan kos pengurusan bank = kos akulah. Program Bakti Siswa ni pulak ialah program motivasi untuk budak-budak darjah 6 di SK Demit,Kota Bharu.

Alhamdulillah,aku diterima untuk jadi fasilitator tersebut.oo yeah oo yeah seronok kot sebab dapat rasa pengalaman jadi fasi untuk budak-budak tu.tetiba rasa bangga terus kembang lobang hidong 14.09 sentimeter. ^O^


ahkak-ahkak fasi yang cun.



meet my anak murid.hiks

So,pada hari khamis minggu lepas kitorang bertolak ke SK Demit. Muka wat ilek bajet cool tapi dalam hati omaii gabra kot.yelah,aku mana ada pengalaman jadi fasilitator untuk budak-budak sekolah rendah.dulu,masa aku darjah6 ada jugak program macam ni.seiingat aku best sebab abang-abang fasi hensem dan tough.memang kecik-kecik dah gatal kemain.hakhakhak

Btw,sepanjang program tu teramatla seronok tahap hiperbola.sebabnya budak-budak tu semua memang ohsem.walaupun pada mulanya tu semua nampak malu-malu unta tapi kejap je diorang boleh sesuaikan diri.siap panggil aku cikgu lagi.ahaks.sayang adik-adik semua.umuacks100x!



kitorang kumpulan 5 tau.kitorang dapat ahkak fasi yg comel tau. *silalah muntah.

Program  ni 2 hari je kot.start hari khamis tamat petang jumaat.rasa macam kejap sangat.tak sempat nak kenal dan main-main dengan budak-budak tu sampai puas.diorang pun tak bagi kitorang balik lagi.ooh,terharu rasanya nasib baik tak keluar air mata sebab akulah pembajet cool paling ohsem.

Ohh,korang nak tau?ada sorang budak ni cakap muka aku macam pelakon cerita Aku Masih Dara.dia cakap ingatkan pelakon tu yg datang sekolah diorang.ok,baguslah dik wat lobang hidong ahkak kembang macam hidong bigfoot. * flowering + blushing 4 saat.heheh.



hok pakai uniform tu ialah exco-exco D'Banquers.

Ternyata program ni memang seronok sebab aku dapat rasa pengalaman baru yang sangat berharga.walaupun kejap je tapi pengalaman tu akan aku kenang sampai dah beranak-pinak nanti.mungkin boleh cerita kat anak-anak aku nanti.hakhakhak.btw,terima kasih para exco D’Banquers coz bagi peluang ni pada aku..:))


* Terima kasih kerana membaca.sila singgah lagi..:D

Monday, February 13, 2012

.betul-betul ikhlas ke?.

Assalamualaikum...:)

Selamat pagi wahai manusia comel sekalian alam.ohh,ohsemnya hari ni dapat bangun tido lewat lepas tu guling-guling,golek-golek dengan gediksnya di atas katil gara-gara class cancel.hiks

 FAKTA :

Apabila dapat mesej class cancel semua senyum sampai ke telinga,
Tapi apabila dapat mesej class ganti semua jadi macam ayam berak papan hitam. -,-"

Cis,dasar manusia pemalas.hakhakhak

Hari ni tetiba jari-jemari yang tak runcing ni terasa gatal nak menaip.*kes angau kat belog.ohh,nasib baik dengan kelajuan 120km/j terlintas idea untuk mengupdate belog.sebab aku sedar yang aku dah jarang update belog abad ni.hmmm,nasibla kau belog dapat owner tak rajin sangat.

Back to topic.:)

Pernah tak korang terpikir manusia-manusia yang berdamping dengan korang memang betul-betul ikhlas menjadi kawan korang?pernah tak korang terpikir jugak mereka berkawan disebabkan oleh sebab-sebab tertentu?



Pandang pada rupa.

ada ke yang berkawan disebabkan rupa?contohnya nak jadi kawan mereka mestilah punya rupa paras yang agak jelita @ kacak macam hero tamil?kenapa?sebab mereka tak nak apabila lepak bersama nanti orang cakap mereka lepak dengan bibik.padahal muka lebih kurang sama je.perasan comel je lebih.hakhakhak.

 Pandang pada harta.

Yang ni jenis yang matrealistik atau bahasa senang pilih bulu.kalau rakyat Kelantan cakap “gilo besi”.sama je lah maksud tuh.asal punya rumah sebesar stadium bukit jalil,pakai baju seluar branded,ada  kereta BMW 14 series laju je mengaku kawan baik sekalian alam.yelah,agak-agak bila terdesak boleh pinjam duit seribu dua.tak perlu pergi kedai pajak gadai kann.

Pandang pada I-Q.

Maksudnya manusia yang boleh jadi kawan mereka adalah manusia yang mempunyai kepala otak yang bijak sahaja.yang kurang bijak sila jauhkan diri anda.omaii,perlu ke pilih kawan sampai macam tu sekali?agak-agak la der..akal fikiran kan kurniaan tuhan.ada yang bijak dan ada yang kurang bijak.siapa kita nak menganaktiri kan mereka?.

Berkawan perlu jujur dan ikhlas.tak perlu nak memilih mereka yang hebak sahaja untuk jadi kawan kita.pilih je kawan yang mempunyai perangai yang elok yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan bukan kemungkaran.itu barulah kawan sejati kann.
dan untuk mereka yang nak jadi kawan aku,aku nak cakap yang :

Aku bukan anak jutawan,
Aku tak punya rupa yang menawan,
Aku tak bijak seperti cendekiawan,
Tapi yang pasti aku boleh menjadi kawan.:)


Terima kasih kerana membaca..big hug.:))

Wednesday, February 8, 2012

.Beribu sesalan melupakanmu.

Assalamualaikum..:)


Hai manusia kacak dan cantik sekalian alam.ohh,lama benor rasanya aku tak update belog.dah berapa abad eh?urmm urmm ohh..4 minggu kot.huh,bagai kacang lupakan kulit.eh?

Beribu sesalan rasanya (*cett,bajet lagu hok 3 suara tu) tak hiraukan belog aku ni.sebab bila sang empunya belog tak keluarkan entry baru op kos la manusia lain takdak nafsu nak usha belog kita kan?yelah dah seratuspatpulohpointenam kali baca entry sama sampai muntah pink mana tak bosan.hohoho

Maaf,aku bukan blogger tegar.hmmm ==.

Btw,terima kasih kepada mereka yang masih sudi jenguk blog cabuk ni walaupun dah 3 tahun tak update.*tipu. maaflah aku bukan sengaja tak nak update tapi aku sangat-sangat sibuk pada 4 minggu yang lepas.sampai makan tak kenyang,tido tak lena,mandi tak sempat.siyes wa tak tipu. sambil wat muka 1.05 sen.

Antara sebabnya ialah :

1)      Cuti Tahun Baru China.
Masa  tahun baru cina hari tu aku dapat cuti seminggu.memang ohsem la sebab aku dapat balik lepak-lepak kat rumah sambil goyang kaki sambil telan cekedis.so bila ada kat rumah memang tak sempat + malas nak menaip bagai nih.asal nak bukak laptop je adik nangeh mintak buat susu pastu mom ajak p ronda-ronda satu Kelantan  pastu kena cuci pinggan mangkuk yang bertimbun dalam sinki (*ciri-ciri anak solehah.puiii!) pastu buat itu buat ini.nampak tak kesibukan tuh.huh!

2)      Bff bertunang.
Dalam cuti tu jugak kawan baik aku sejak zaman hingusan hok main tepuk amai-amai,panjat pokok durian mangga,gaduh tarik-tarik rambut bersama dulu bertunang. *alahai besar dah kawan aku nih.hiks.pastu kawan aku yang lain pulak kawen.haih!semua dah nak kawen tergugat iman kejap.wa nak jugak der...!    dush dush.tumbuk patpuloh kali.hmmmm.==.

 bff wa dah nak kawen lorh.wa lambat lagi.sob3

3)      Festival Kolej (FESKO).
Mingggu lepas pulak selama seminggu ada FESKO kat kampus aku nih.memandangkan aku pegang jawatan kat kolej jadi secara automatiknya aku dipaksa melibatkan diri dengan tidak relanya.tiap-tiap malam wajib bertugas kawal abang-abang ensem (*sambil cuci mata),budak-budak dan orang-orang tua memandangkan aku Biro Disiplin dan Keselamatan.dah jadi macam makgad pulak.siap ada kawan aku cakap,pakai dah cantik tapi muka nampak garang macam mak singa.demm!

4)      Esaimen dan test.
ok,bab esaimen dan test ni la yang tak seronok.dahla sibuk dengan kerja lain terpaksa pulak study untuk testla,kuizla,esaimenla.(*kes lupa diri dah nama lagi student) ingat nak mogok depan bilik sambil pegang sepanduk tak nak study.memang masa tido aku agak terjejas untuk 3 minggu yang lepas.cis,tak dapat nak amalkan gaya hidup yang sihat iaitu tido 6-8 jam sehari.


Jadi sekarang aku nak lepas gian mengupdate belog  10 entry sehari.*macamlah boleh.juga nak cover balik masa tido aku yang terganggu ekoran kesibukan hidup.hmmm,ni  belum kawen lagi dah sibuk.nanti bila dah kawen sibuk dengan husband lagi,anak lagi,keje lagi.arghh,asal tetiba cakap pasal kawen ni??.ok,fullstop.


p/s : Terima kasih kerana membaca.:)

Friday, January 20, 2012

.Depan macam bidadari belakang macam sehtan.

Assalamualaikum..:)


Sebelum memulakan topik kita pada hari ini (* cett,macam ketua kampung nak bagi ceramah je ) aku nak ucap selamat ali laya cina kepada semua apek-apek dan amoi-amoi sekalian alam.kalau ada angpau lebih silalah hulur banyak-banyak.boleh wat beli coki-coki perisa coklat stroberi.oo yeah oo yeah..!

*Ok back to topic ==.



Musuh dalam diam => sang manusia @ makhluk asing yg berdendam secara senyap yakni depan kita bagai bidadari tapi belakang macam sehtan.dan yang pasti kita tak sedar pon spesis manusia berhati busuk macam bangkai ni di sekeliling kita.sebab mereka sangat bijak menyembunyikan sikap huduh mereka itu. Whoahh boleh jadi pelakon kelas antarabangsa.!

Contoh senang macam nilah,depan kita mulut manis macam cakelat bluberi tapi belakang mak aihh mulut macam longkang.mengumpat,mencaci,mengutuk,menghina,memfitnah dah jadi sebati dalam diri mereka.yang paling kagum lagi habis dijaja ceghita kita kat semua orang. dan kalau tak cukup maklumat yang dia korek pasal kita sanggup pulak bersusah payah jadi detektif tak bertauliah cari sumber lain. Ohsem kan mereka.wa tabik lu der..!:D

Lumrah hidup,lebih ramai manusia yang ingin lihat kita jatuh tersungkur daripada melihat kita berdiri gah.dan yang pastinya macam-macam cara mereka lakukan untuk buat hidup kita huru-hara.dan apabila hasrat mereka tarlaksana mereka akan bertepuk tangan sambil bershuffle malah berpesta 4 hari 4 malam meraikannya.ohh,hebat sungguh mereka.sejuk perut mak bapak mereka punya anak berhati MULIA.

Memang,aku pun bukan jenis manusia yang berhati suci bagai embun pagi.tapi aku bukan manusia jenis berdendam sampai eksaited gila vavis nak tengok manusia lain menderita.aku pun pernah difitnah,dicaci,diumpat di belakang aku.benda ni akan sampai ke pengetahuan kita jugak.cepat atau lambat je.dan walaupun kita tak tahu tapi tuhan Maha Mengetahui.

Bumi kan bulat sfera.
jalan punya jalan jumpa tempat sama jugak.==.

Jadi,tak perlulah nak dengki bagai nih.dah orang lain punya hidup yang lebih baik dan punya rupa yang lebih jambu daripada kita nak wat camne.kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada.bukannya dengki dengan apa yang orang lain ada.hmmm,tepuk dada tanya selera.kenyangkan perut dengan nasik bukan dengan umpatan.:))


Terima kasih kerana membaca.:))

Wednesday, January 18, 2012

.jangan pandang pada rupa.

assalamualaikum...:)


kesian babi,beruk,anjing,orang hutan,gajah dan kaum kerabat mereka jadi mangsa caci maki sang manusia.hakhakhak

* p/s : budi bahasa amalan kita..:D

Sunday, January 15, 2012

.ingat atau lupa,lihat atau toleh.

Assalamualaikum...:)


 loneliness cannot kill me.

Pernah tak dalam hidup korang rasa diri tak dihargai?rasa macam kita je ingat mereka tapi mereka tak ingat akan kita malah tak terlintas walau 0.99 saat dalam kepala otak mereka?

demm,sungguh tak adil.!

Then,bila kita tanya mereka  kenapa tak mecej atau kol atau pos surat kat kita, kita macam tak boleh terima berpuluhratusribu alasan yang diberi.kenapa?kenapa?bukan sengaja tak nak terima cuma hati sakit.rasa macam tak berbaloi ingatan dan segala beban ombak rindu yang terpaksa kita lalui selama mereka tidak hiraukan kita.sebab sebab sebab,setiap masa itu adalah berharga.perlu ke kita sia-siakan masa untuk mereka yang tak hargai semua tu? *tetiba emo ==.

Mungkin mereka akan cakap yang mereka tak mintak pun kita ingat mereka.mereka tak mintak pun kita hiraukan pasal mereka.mereka tak mintak pun kita hargai mereka. Tapi mereka tak sedar yang setelah mereka muncul dalam kamus hidup kita,mereka menjadi orang yang penting.mungkin sangat penting sehingga mendapat tempat di setiap ceruk hati kita.

Alah,apa nak heran der.what goes around comes around.hari ni kita yang bagai nak mati tapi tak mati ingat dan sayang mereka.so,tak mustahil lah kalau esok atau lusa mereka pulak yang bagai nak mati ingat dan sayang kita.detik tu barulah mereka tahu apa rasanya punya hati dan perasaan tapi tak dihargai.sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna.kan kan kan!dunia kan bulat sfera.jalan punya jalan nanti jumpa tempat yang sama jugak. eh eh apa kaitan plak?.hiks

Mereka yang tak reti menghargai tak layak dihargai,
Mereka yang tak reti menerima tak layak diberi,
Mereka yang tak reti menghormati tak layak dihormati.

Hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa.kalau hati cakap sayang maknanya sayanglah.kalau hati cakap benci maka bencilah.kadang-kadang rasa macam nak percaya kata-kata ni:

“ Jangan terlalu menyayangi seseorang sebab tak mustahil akan bertukar benci,
Dan jangan terlalu membenci seseorang sebab tak mustahil akan bertukar sayang..”
*Takleh nak cakap apa sebab tak pernah rasa.==.


p/s : untuk mereka yang tak reti menghargai apa yang orang lain beri anda ialah manusia yang rugi.dan akan menjadi sangat-sangat rugi sekiranya suatu hari anda kehilangan mereka yang sudi menghargai,menyayangi dan mengingati anda dengan setulus hati.jadi,renung-renungkan dan selamat beramal.:)


* Terima kasih kerana membaca.:))

Thursday, January 12, 2012

Trip FINANCE to Kuala Lumpur

Assalamualaikum...:))

Selamat petang manusia-manusia comel sekalian alam.ohh sejuk sungguh cuaca di bumi Machang,Kelantan detik ini.sehingga terpaksa mendorong aku untuk memakai stoking kaler hijau serta berselimut dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.fuhh,nak menaip pun terketar-ketar. *tipu

Hari Khamis hingga Sabtu yg lepas aku p trip subjek Finance ke Kuala Lumpur.trip sambil belajar sambil berjimba sampai lenguh segala anggota badan.so,destinasi yang dituju berkaitan dengan subjek ni ialah:

1)      Fstep : Financial Sector Talent Enrichment Programme




Secara ringkasnya Fstep ni alah tempat untuk melatih mereka yg akan menjadi seorang pekerja bank.nak masuk sini kena interview dan kena ambik exam dulu.kat sini mereka akan diberi latihan tentang cara-cara untuk menjadi pekerja bank yg bagus daripada cara bercakap,berjalan segala tuh.dan yg paling penting mesti fasih berbahasa omputih okeh.

2)    Agro Bank


bakal-bakal manager bank.hakhak

Hmmm,semua manusia tahu yang tentang Agro bank kan?alah,yang pasal pertanian semua tu.nak pinjam wang tuk wat bisnes dalam bidang pertanian lah.nak tau dengan lebih lanjut sila tanya pakcik google eh sebab aku pun tak tau sangat.cis,nampak sangat fail untuk jadi pekerja bank.wuuuu ==.

* nak p Bank Negara Malaysia tak kesampaian
sebab dah ramai sangat students apply sana.kempunan sungguh.sob3

Btw,trip ni bukan p dua tempat tu je.memangla fokus utama nak p tempat yg berkaitan dengan subjek Finance tapi bak kata orang sambil menyelam sambil minum air sambil pancing
ikan.hakhakhak.so,alang-alang dah ada kat Kolumpo  sempat jugak la aku dan geng bas sekolah bersiar-siar di bumi tersebut yang penuh dengan bangunan-bangunan gah serta beratusribujuta manusia.


Antara tempat yang sempat kami jejakkan kaki ialah I-City,Dataran Merdeka,Sogo dan Sunway Pyramid.maka,sempat jugaklah kami perabiskan wang hengget dengan bangganya.demm!banyak gila sale kat sana.dalam kepala otak mintak borong semua barang yang berkenan tapi hati kata jangan.maka tangan tak boleh nak rembat sesuka hati.sebab pikir bila balik kolej nanti tak berbaloi makan biskut cicah air kopi sebab poket dah kering kontang.cis,dunia sungguh tak adil!

gadis-gadis pujaan malaya.buwerkk!!

Kesimpulannya ialah (wahh,siap ada kesimpulan ) trip ni best jugaklah.sebab banyak pengetahuan yang aku dapat pasal bidang banking nh.since aku ni budak banking mestilah kena tau jugak pasal apa yang aku belajar dalam kos nh.kalau tak boleh buang ke laut je lah diploma aku nanti.hiks


p/s : terima kasih sudi baca.dipersilakan komen banyak kali.hakhak :))

Monday, January 9, 2012

.Tak payah nak ketar lutut sangat.

Assalamualaikum..:)



Sedang manusia lain sibuk menonton ceghita Korea feveret mereka serta sedang manusia lain khusyuk menonton tb tentang kes liwat Anuar Ibrahim yang tengah hot sampai nyamuk melintas pun tak hirau aku pulak sibuk dengan menyiapkan resume serta job application letter.

“ Eh eh saudari dah nak keje ke?dah habis belajar ek? ”
Tetiba ada balak muka sebijik Aaron Aziz tegur.

Ye, memang aku ada interview kerja  esok tapi tak bermakna dah habis belajar.dan tentunya kalau nak p interview mesti sediakan resume serta job application letter sekali.tapi tapi tapi,ini bukan nak mintak kerja betul2 tapi ini sekadar latihan sahaja dan wajib dilakukan sebab akan diambil markah!

Ok dah mula terasa kejang segala urat saraf yang ado menghitung detik.hilang segala cakap besar sebelum ni yang berangan nak jadi perdana menteri berucap depan berpuluhratusribujuta manusia.cis,sungguh tak cool!

Syukur aku dah berjaya siapkan resume berserta job application letter.tinggal nak print out je.tapi sekarang tengah berperah otak bekerja keras untuk mengagak soalan-soalan yang akan ditanya oleh sang pensyarah esok.macam nak mintak keje betul pulak tension ahh.

Sekarang ni aku tengah practice macam mana nak membalas serangan daripada sang pensyarah esok.siap cakap sorang diri sambil wat gaya Berrak Obama berucap.sebab nanti kena speaking weh. *itulah pentingnya English Education.

Dalam kepala otak tengah sarat pikir baju mana nak pakai esok biar nampak anggun dan hebak seperti pekerja yang berwawasan tinggi?mekap jenis mana nak tenyeh kat muka biar nampak cun tapi tak over dos?macam mana nak jalan dengan penuh riak dan takabur masuk bilik interview?dan macam mana cara nak mulakan sesi interview supaya tak nampak tangan dan lutut terketar-ketar macam Parkinson serta jantung berdegup 150km/minit? Bajet nak nampak cool walaupun tunggu masa nak pengsan.

Siyes tido malam ni tak lagi lena dengan mimpi-mimpi indah bersiar-siar di taman bunga.tido pun dengan penuh debaran di dada sambil tangan di dahi.ahh,rilek ah geng interview je pun bukan nak akad nikah.huh!
Oklah,selamat tido wahai manusia sekalian alam.aku nak sambung cakap sorang-sorang sampai pagi esok. Sambil cakar dinding.==.


*terima kasih kerana membaca.:))

Monday, January 2, 2012

.trip to Pulau Langkawi.

Assalamualaikum...:)




ini bukan siput babi.aku pun lupa menatang apa nih. :D

Ekceli 3 minggu lepas aku p bercuti kat Pulau langkawi tapi baru hari ni nak post pasal lawatan sambil menghabiskan wang kertas serta syiling yang ado di setiap ceruk purse termasuk poket seluar.eh panjangnya ayat!hiks.

Secara jujurnya,Pulau Langkawi ialah salah satu tempat feveret aku.kenapa?kenapa tidak pulau pangkor atau  Pulau Tioman hok air laut comey lotey tu?sebab  kat Pulau Langkawi ada burung helang hok besar tu ke?eh eh taklah bukan sebab tu.sebabnya adalah kat sana kan kawasan bebas cukai.maka,banyaklah barangan yang murah-murah dan amat sesuai untuk melabur wang anda.!memang sangat-sangat teruja bagi seorang yang gemar berbelanja tak tentu hala macam aku.perabis duit mak bapak je kejenya.hakhakhak

Yang paling aku suka ialah apabila aku dapat memuaskan nafsu hak hogan aku untuk membeli-belah cokelat-cokelat kegemaran dengan harga murah tanpa rasa was-was sambil meleleh air liur.siyes sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata nak merasa segala jenis cokelat yang sedap,kalerful serta pelbagai bentuk.rugi tak cuba benda ada depan mata der..sambil kunyah cokelat farero rohsey.==.

Orang cakap kalau p Pulau Langkawi tapi tak rembat sebotol dua minyak wangi tak sah der.so,sasaran seterusnya ialah perfume shop kat Pekan Kuah dan ternyata apa yang ada kat sana tidak mengecewakan!.siyes aku jadi macam orang sawan bila masuk kedai minyak wangi tuh.sebab harga perfume kat sana amatlah murah 3x ganda kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.yelah dah nama lagi duty free zone kan.rasa macam nak je angkut dengan kedai sekali bawak balik Kelantan.untunglah masyarakat kat sana dapat beli perfume murah-murah.mesti wangi je mereka kan.  *jehles sambil wat muka ketat.:(

Walaupun dah beberapa kali aku p Pulau Langkawi ni tapi tak pernah rasa bosan weh.sebab memang banyak tempat menarik dan cun kat sana.contohnya Pantai Chenang,Dataran Lang,Underwaterworld,Bird Paradise,Cable Car,Makam Mahsuri dan banyak lagilah.kalau nak listkan sampai petang esok tak habis.



dah kenapa shoot gambar bontot ni.hmmm ==.

Yang paling best ialah cable car.walaupun gayat sampai nak muntah kedarah tapi enjoy sebab dapat tengok pemandangan dari atas yang sungguh ohsem + super duper lawa.pastu kalau kat Underwaterworld boleh tengok macam-macam jenis ikan daripada saiz yang paling kecik hingga ke paling besar.ada hok bentuk bulat,leper,empat segi dan banyak lagi ah.yang paling menarik dapat tengok si penguin terkedek-kedek berjalan dan berenang.sumpah comel!

Siyes aku cakap bagi korang yang nak bercuti bersama keluarga atau cowok/cewek masing-masing aku suggest Pulau Langkawi bcoz i’m sure you will have a great time there.pernah jugak terpikir bila kawen nanti nak p honeymoon kat sana.gatai nak mampos.hakhakhak.=D

p/s : terima kasih daun keladi sudi baca entry merapu miss amal.:)