.geNg cOmeL.

Monday, October 31, 2011

.kata-kata sebelum melelapkan mata.

assalamualaikum..!



hidup ni kejap je untuk kita bazirkan dengan air mata kan?pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah nak sampai setengah abad kita hidup.so,tak rasa rugi ke kalau kita asyik menangis dan menangis untuk sesuatu yang sia-sia?

tapi,kadang-kadang aku respect dengan orang yang tak mudah nanges neh.sebab diorang tak nak bazirkan air mata.sebab diorang nanges dalam hati.tapi tak elok jugak kalau perasaan tu dipendam kan.
nanti hati sakit.==.

tak semua orang nanges sebab mereka lemah.ada kalanya mereka nanges sebab mereka dah terlalu lama tabah.sampai satu tahap mereka rasa dah tak sanggup lagi nak pikul beban tu semua.yelah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

sebab tu aku tak pandang sinis kepada mereka yang mengeluarkan air mata.tambah-tambah kalau lelaki.mereka kan kaum yang kuat.air mata tu amat mahal bagi mereka.tapi ingat kaum adam,mentang-mentangla kaum hawa macam aku ni kaum yang lemah,tapi tolong jangan sia-siakan air mata kami untuk kamu.!

seorang kekasih yang baik takkan senang-senang buat makwe diorang menangis..!
jangan jadi lelaki dayus.

last,for those who might have a lot of sadness and many terrible things that you have to face in your life,be strong dear.GOD will always with you.just believe that one day you will get the happiness as long as you wish for it.

p/s : suka bila aku nanges ada orang tolong lapkan air mata tuh.hakhakhak :))

.jawapan untuk "Anda telah di tag".

assalamualaikum...!

happy monday sweety and smarty..!semoga hari ni dijauhkan daripada segala kesulitan ye sebab setiap hari tu adalah anugerah yg amat bermakna kan..:)

pagi ni,sedang aku bekpes dengan biskut tawar cicah tea o ohh nikmatnya sambil buka blog,seorang gadis comel iaitu cik asnie telah tag aku untuk jawab beriban soalan.soalan dye lebih susah daripada soalan final Microeconomy.habis keluar segala peluh jantan perempuan dalam badan aku ni.so,segala urat saraf dalam otak aku telah bekerjasama  bagi menjawab persoalan dye.

ok.jom mulakan sesi soal jawab kita yeah.jangan tukar siaran anda.hakhak


~~~> first thing to do.
  • you must post this rules.
  • each person must post eleven things about themselves in their journal.
  • answer the questions the tagger set for you in the post and create eleven new questions for the people you tagged to answer.
  • you have to choose eleven people to answer and link them on the post
  • no Tag back okeh.

~~~> second thing to do.

11 perkara tentang diri miss amal yang akan dibongkarkan.==.
  1. merupakan anak sulung daripada 5 beradik.
  2. SPM dapat 17A.tipu..6A je.hakhak
  3. currently studying at UiTM Machang of Dip in Banking.
  4. cita-cita nak jadi pensyarah tapi belajar bank. tak kena langsung.uhh
  5. anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang a.k.a Kelantan.
  6. teramat suka gila vavis membeli-belah perabis wang hengget.
  7. seorang yang cepat marah tapi cepat jugak sejuk balik.hee..:)
  8. seorang yang mudah memaafkan orang lain. bagus tak saya?==.
  9. sekarang dalam proses belajar memasak.
  10. dilahirkan dalam bulan sepuluh dan berzodiak Libra.
  11. suka tengok ceghita korea.hakhak
~~~> third thing to do.

meh nak jawab soalan daripada cik asnie yang comel nie.

1. kenangan manis korang sepanjang hidup ni.

papa & umi bagi kereta Myvi untuk guna di kampus dan bersosial.hakhak

2. sabun mandi kesukaan.

aiyark!tak ingal lah.tapi suka yang bau manis dan lembut.maybe Dove.

3. ciri-ciri lelaki idaman korang.

ekceli lelaki itu suda da.hikhik.so,apa yang ada pada beliau itulah ciri-ciri lelaki idaman saya.
elok parasnya,elok agamanya dan elok perangainya.

4. permainan zaman kanak2 yg korang rasa still nak main sampai sekarang.

sudah semestinya bola kaki tiga.rindu gila kot nak main balik. :(

5. moto hidup. 

nak senang,senang.nak susah pon senang.so,bersusah untuk senang.

6. belajar atau keje.yang mana korang rasa lagi bez.why?

both of them.dengan belajar akan dapat banyak ilmu dan dengan bekerja akan dapat banyak pengalaman.

7. saiz baju korang.

disebabkan aku montel so saiznya ialah M atau L.

8. perangai buruk korang.

mudah marah.so,jangan cari pasal.hehe

9. korang start minat girl/boy masa umo brape?

soalan cepu mas.hakhak.masa darjah 4 lagi.gatai nak mampos.

10. aktiviti sekolah yang korang paling minat nak join.

aktiviti lasak.contoh mendaki gunung everest ke.teehee.

11. pernah tak korang tampar lelaki atau perempuan.

pernah tampar budak lelaki masa sekolah rendah.
sebab dye cabar aku tampar dye.hambek kau!hakhak

~~~> fourth thing to do.

fuh,penat aku jawab semua soalan maut tu.hakhak.sekarang ambik soalan dari aku pulak.kita tengok sape yang kena.

1. alamat penuh korang.
2. apa nama moyang korang.
3. bila start dating.
4. minat ceghita korea tak?bagi tajuk dengan hero dan heroin sekali.
5. lima orang yang paling korang sayang kat dunia ni.
6. makanan kesukaan korang.
7. hobi di masa lapang.
8. memori manis dan pahit yang tak dapat dilupakan.
9. pernah tak kawan2 atau kekasih khianati korang?macam mana cara atasi.
10.tempat yang paling korang nak pergi.
11. komen tentang blog miss amal.jujur tau.hakhak

random tag ni.so,dipersilakan jawab ye si manis dan si kacak sekalian.:))















Sunday, October 30, 2011

.penangan artis Korea.

assalamualaikum...!


boleh tak nak buat satu kenyataan berani mati kat sini? bajet gempak.

" hampir 70% gadis remaja di Malaysia adalah peminat setia artis-artis Tamil Korea."

si kaum adam tak payah nak bantah 25342 kali sambil nak mogok depan rumah 40 hari 40 malam lah kerana ini kenyataannya.

cer tanya awek korang tak pon kawan pompuan korang sape yang tak minat artis korea atau sape yang tak minat langsung tengok ceghita korea?aku rasa takdak yang jawab :

"..aku tak minat langsung beb tengok muka artis korea tuh.rasa macam nak terkeluar biji mata tengok hero diorang yang kiut dan kacak kalah rohsam nor.lagi,aku mencik la tengok aksi sweet diorang sebab pakwe aku tak buat pon macam tu kat aku.ahh fake je tuh!.."


2PM..Nikhun paling comel. ==.

hakhak.ada tak yang cakap macam tu?kenyataannya lagi,hampir 99.99 % member-member pompuan aku memang peminat setia artis korea ni.asal tanya ceghita apa yang ada dalam laptop mesti diorang cakap :

"ooh,aku baru je copy ceghita korea dari awek Lee Mee hun.ceghita dye best gila vavis lah!dahlah hero dan heroin kiut miut sebab buat pembedahan plastik.rela tak tido malam aku tengok.".. bangun malam buat amal ibadah tak sanggup pulak. ==.


patutlah ramai minah tergila-gilakan beliau.


ekceli aku pon peminat ceghita Korea.tapi takdaklah sampai fanatik hingga sanggup beli tiket berpuluhratus ringgit untuk tengok show artis mereka kat Malaysia.setakat tengok dalam tv je lah. 
baik simpan duit buat beli i-phone.hakhak               

tapi,memang kenyataannya ceghita Kore ni best kalau nak dibandingkan dengan ceghita tempatan. kenapa? kenapa? sebab walaupun ceghita diorang panjang sampai berpuluh episod tapi siyes tak bosan.kalau tak percaya cubala tengok.

lagipun dulu kan riuh dengan fenomena 'Winter Sonata' dan 'Autumn In My Heart' sampai makcik-makcik pon tak terlepas menghadap tv.sekarang kecoh pulak dengan fenomena Lee Min Hoo.dah memang makhluk tu ohsem dengan rupa paras yang semak ditambah pula lakonannya hebak, minah mana tak gila bayang weh. aku taklah.hikhikhik

 ololo..sweetnye oppa.bahaha


so,apa yang aku nak cakap ialah pengarah dan pelakon tempatan perlu tengok dan ambik contoh macam mana artis luar berlakon sampai terkenal seantero dunia.jangan tau berlakon tapi takdak kualiti dan membosankan.

till then.chow..:)

Saturday, October 29, 2011

part II : trip to kuantan yg ohsem!

assalamualaikum...!

hai si manis dan si kacak.yeah!kembali kita dalam entry trip to kuantan yg ohsem part II.tenkiu kepada sesape yg tunggu sambungannya.teehee.:)

dalam entry part 1 sampai second day je kan.so,aku nak sambung dengan hari seterusnya iaitu sebanyak 40 hari 40 malam.tipu je.hakhak.so,jom layan.:))

...third day..:)

lokasi kami yg pertama ialah East Cost Mall.kitorang p tengok wayang ceghita Real Steel.ceghita ni pasal macam mana robot daripada tempat pembuangan sampah boleh jadi seekor (aku tak tau nak guna kata ganti nama apa) robot yang hebak.best tau ceghita ni tak sia-siala tengok kat panggung.kalau tak memang kena maki 234253x lepas tu bakar panggung.hikhikhik

hari ni abe sayang aku pon ada sekali.kebetulan dye otw balik Kelantan.so,masa yg ada dihabeskan bersama kitorang dulu.maka bertambah ohsemlah percutian ini.time kaceh awak. sambil kelip-kelip mata wat muka macam heroin korea.hakhak


sempat bersuka ria sambil layam game yg ado sebelum masuk panggung.tapi aku tak puas hatila dengan menatang tuh.3 kali try tak dapat2 spongebob dalam tu.cis!



ni kat depan panggung.sebelum masuk haruslah snap berpuluhratus keping gambar dulu.hikhik.

kami pelancong dari korea utara.hakhakhak

 jejalan sampai lebam kaki.sambil melayang wang emas 14dozen.

joy of love of two soul become one.tengs for the memories.:))

 wah!ohsemnya awak.body tough.omg3!

tengok wayang sudah,jejalan pusing-pusing ECM pon sudah.then.mak sedara aku bawak kitorang makan salji angin kat Teluk Cempedak.suka pantai dan suasana malam kat sana.siap ada pelukis potret lagi.tapi tak sempat nak buat.hukhukhuk

 yeah!souveneir kat TC.ukiran nama aku dan abe sayang atas batu.moga tak hilang eh!


 epi femili of my auntie.rindu anak dye Darwish.comel macam anak mat saleh. nanti nak anak aku comel macam dye jugak.pangggg!tak payah nak melalut.==.


si montel yang fenim-fenim lalat.hakhak


 sepupu yang sekepala,selutut dan sekaki.


 Kuantan,we love u.:))



sesungguhnya lawatan sambil belajar makan angin ke kuantan tersangatlah ohsem.sebabnya aku ditemani oleh orang-orang yg sporting dan baik hati untuk bawak aku jejalan dari pagi sampai tengah malam.tempat-tempat kat sana pon best.

ohh,indahnya saat itu.aku rasa kalau nak bercuti tak pergi oversea pon takpe sebab kat Malaysia pon banyak tempat yang menarik dan cantik kan!:))


p/s : tempat yang paling aku nak p ialah Mekah.i wish i could be there one day.Insyaallah.. ==.



Friday, October 28, 2011

.part1 : trip to Kuantan yg ohsem.

assalamualaikum..!

ohh,indahnya hari ini sebab hujan. hujan = sejuk = tido nyenyak.tapi pagi ni aku tersedar awal.demm!ini sebab aku dapat nightmare pasal ular bapak besar nak gigit aku dengan seorang makcik tua yang jahat.jadi,aku pon rasa seram sejuk lalu tersedar.cis!sepatutnya aku dapat tido bangun pagi esok pulak.grrr...!

lupakan pasal tu.

aku sekarang tengah semangat nak menaip pasal trip aku ke kuantan yg sangat ohsem!ekceli dah beberapa abad aku tak p jejalan kat bandar Kuantan.nampak tak betapa lamanya sampai terpaksa berabad kemain.==.


so,bila sampai kat sana aku pon secara automatiknya berkata "..wah!atok besar megamall kat sini.2538157x besar kalau nak dibandingkan dengan KB MALL kat Kelantan"..demm!kenapa kat Kelantan tak boleh nak buat megamall sebesar tu atau yang lebih besar?sebab mom akula cakap kat Kelantan dah takdak kawasan lapang yang luas.panggg!so,tak payah nak bermimpi kat Kelantan akan ada megamall besar sampai cecah langitlah ye Amal.sob3


ok,jom mulakan trip yg ohsem!


.....first day :)


disebabkan terlalu banyak gambar dan ceghita yg aku nak kongsi so,entry ni terpaksa ada sambungan.sila layan gambar-gambar aku sampai muntah kedarah.==.




masa dalam bas.disebabkan boring tahap hiperbola so inilah keje kitorang.bergambar berpuluhratus keping.


sampai suda kat stesen bas kuantan.lama gila kot perjalanan.
dekat 8 jam.bontot aku pon dah lenguh-lenguh.huh!

sampai je kat sana mak sedara aku datang ambik.sempat minum-minum dulu kedai mamak lepas tu berambus ke rumah beliau.kaki badan pon dah lenguh so dalam kepala ingat nak berendam dalam tab mandi sambil makan buah anggur. mengada je.hakhakhak



....second day..:)

kebetulan hari kedua kitorang kat sana,tadika KEMAS seluruh Pahang ada buat aktiviti sukaneka.ekceli mak sedara aku cikgu tadika Kemas so apa lagi beliau pon bawak kitorang main sekali.tipu je.hikhik.kitorang pergi menyemak je sambil ambik gambar berpuluhratus keping.LOL




kebetulan jugak hari tu kawan mak sedara aku ni kawen.so,kitorang pon pergi ke sana sambil dapat mengkedarah nasik free.tapi aku tak berani nak makan sebab cirit birit.demm!memang nasib malang.dapt tengok je la orang lain mengkedarah sebab nafsu makan aku saat ketika tu hilang.siyes tak tipu!

satu lagi nak cakap aku tak biasa p majlis kawen pakai jeans dengan t-shirt.aku rasa macam akulah makhluk pelik kat sana walhal diorang rilek je.sebab kalau kat Kelantan asal p majlis kawen je wajib pakai baju kurung.meriah kemain sampai kalah pengantin taw!


 pasangan incik polis.


 tengok betapa berseleranya diorang makan.tapi aku pandang sebelah mata je sebab tak terliur langsung. o,0

selesai mengkedarah kitorang pon berambus.lokasi yang dituju ialah megamall kat kuantan.tapi oleh kerana perut aku meragam buat kali 12436 kali so,aku tak rasa eksaited langsung.


aku terpaksa telan ubat hitam legam bulat-bulat ni weh.siyes tak sedap!


kat Cowboy.cuba cari mana anak patung mana aku.hakhakhak


malamnya kitorang p dinner kat Restoran Sara Thai.best gila kot makanan kat sana.tabik spring ah.


 mak sedara aku yang gojes dan sporting.tq bawak kitorang jejalan sambil makan angin sambil perabih wang hengget.


last destination untuk second day ialah Taman Kerang.mak sedara aku cakap orang kat sini panggil Taman Kerang sebab ada replika macam kerang tuh. o,0



*************

p/s : tak abeh lagi ni.nantikan part II pulak.beriban lagi gambar dalam lappy..:))





Wednesday, October 26, 2011

.selamat ulangtahun papa.

assalamualaikum..!

aku baru je balik dari Las Vegas eh2 Kuantan dua hari lepas.best giler kot jejalan kat sana.tapi entry ni bukan nak ceghita pasal tu.sila bersabar 123456x sabar ye. ==.

memandangkan hari ni 26 ai bulan seploh 2011 ialah ulangtahun kelahiran papa aku so,entry ni aku post khas untuk beliau.tahun ni dah masuk 50 tahun umo papaku.maknanya dah separuh abad beliau hidup kat atas muka bumi ni.tapi beliau nampak muda lagi. ampu sikit kot2 dapat jongkong emas.hakhak.==.

pagi tadi aku dengan mom p hantar sepupu aku yang teman aku p kuantan balik rumah nenek sebab dye nak dok sana.kebetulan lalu depan kedai kek so,aku terus drive ke sana sambil pikir nak beli kek ape.mungkin kek 50 tingkat yang ada gambar angry bird atau domo atau kek yang ada cekelat bola dengan padang golf sekali.agak-agak sesuai tak untuk jadi besday kek papa aku?hakhakhak.



nah..!ni dye besday kek beliau.sedap giler kot rasa mocha + chocolate. 
aku memang hantu kek sebab tu gemok.sob3. ==.


so,malam ni aku dengan femili aku sambutla besday beliau.suka kemain aku tengok papa aku.yela mungkin beliau ingat kitorang wat dek je besday beliau.tapi tup-tup siap ada kek lagi.suka aku bila tengok orang-orang yang aku sayang gembira. tengah senyum sampai ke telinga. o_0






eh2 malu-malu kucing plak.hakhak



adik aku memang selalu tak nak kalah.nak jugak kek so beli kek yg kecik cumil macam dye tuh.

btw,aku cuma nak ucap selamat ulangtahun kelahrian yang ke 50 tahun papa.semoga panjang umo dan murah rezeki.lagi,semoga papa sihat gembira selalu.loveyou.:))

Thursday, October 20, 2011

.Las Vegas here i come bebeh!

Assalamualaikum..!



Aku sekarang ni dalam mood hepi nak berlaki.eh2 hepi go laki. Sambil tepuk-tepuk paha sebab eksaited kemain.==.
kenapa?sebab esok aku akan terbang ke Las Vegas menaiki pesawat peribadi.sebabnya aku ada konsert AMAL bernilai berpuluhratusriban ringgit kat sana.

....................



Tipu.

Ekceli aku nak p cuti-cuti Malaysia kat rumah mak sedara aku.alaa tak jauh pon Kuantan,Las Vegas je.naik bas Transnasional je pon.hakhakhak.dah berabad aku tak p jejalan makan salji kat sana.so,disebabkan  cuti sem dan takdak keje nak buat kat rumah maka dengan sepantas kereta berkuasa tenuk aku mengambil peluang keemasan ni untuk bergumbira di sana.seorang makhluk cun kalah Heliza Misbong yang akan temankan aku iaitu sepupu  merangkap junior aku di Uitm MACHANGster.kebetulan beliau sekarang pon tengah cuti sem.so,agak tidak cerdikla kalau kitorang tak guna peluang keemasan neh.


ni la sepupu aku.cun tak?mek salmoh dari Scotland.

Apa yang membuatkan aku bertambah hepi 315427x ialah mak sedara aku nak bawak kitorang jejalan keliling bandar Kuantan 148 round .desas desus jugak mengatakan beliau nak bawak kitorang p makan ikan bakar di restoran menatang ape entah.aku tak ingat nama.lagi beliau nak bawak kitorang p makan salji kat Teluk Cempedak. Gamaknya beriban cempedak kat teluk ni.nak bungkus bawak balik Kelantan lah!weee~ ==.

Walaubagaimanapun,hepi hepi jugak tapi risau tetap ado.kalau korang nak tau aku tak pernah naik bas sorang-sorang.usah kata nak p melangkaui laut china selatan,bahkan dalam negeri sendiri pon tak pernah hayat hidup aku. Wa cakap siyes der.Apa barang tak pernah naik bas sorang-sorang.126238x booo..! o,O

so,bagi gadis yang sedikit ketinggalan zaman macam aku,haruslah punya rasa risau + takut + sawan kan.sebab aku takut tertukar naik bas nanti weh.kalau jadi cenggitu mau aku melalak 14 hari 14 malam. Booo 99x lagi.booo...!

lagi satu yang buat aku risau ialah sekarang kan musim salji  hujan.jalan pon jadi licin kan.so,harap-harap pakcik bas tak driftla bawak bas nanti.tak perlu nak berebut cepat sampai dengan geng bas sekolah.ingat pakcik, u have baby (aku) in the bus.!hakhakhak

so,korang doa-doakanla supaya aku selamat pergi dan selamat sampai ye. Cepat tadah tangan mintak doa.hikhikhik

till then,chow..:)


p/s : kat Teluk Cempedak ada tak mat saleh pakai bikini je?nak ready dengan kamera 1234262 megapixel.==.

Wednesday, October 19, 2011

.Mekap tu tak salah tapi agak-agakla beb.

Assalamualaikum..!

Pesly aku nak bagitau awal-awal yang aku ni bukan seorang yang hebak dalam bab mekap ni. tak boleh nak jadi mak andam tersohor.wuuu..==




even aku sendiri pon tak suka mekap yang heavy sangat.contohnya  tepek bedak seputih dinding sampai tak tau yang mana orang yang mana dinding rumah  atau pakai eyeshadow 14 kaler sekaligus bajet untuk menarik perhatian mamat bangla tepi rumah atau pakai pemerah pipi semerah stiletto untuk menghilangkan parut jerawat serta jeragat  ataupun tonyoh gincu semerah delima  merekah bajet seksi kalah kris dayanto. Sentap mak nak kalau buat cenggitu.==.

Dewasa ni,aku tengok ramai gadis remaja dan wanita berusia abad ni dah pandai bermekap.ada yang cun siot dan ada yang macam err..” kenapa aku rasa macam ada benda tak kena kat muka awek ni eh?putih semacam je.ooh mungkin dye tersalah pakai tepung dekat muka kot.”monolog dalaman.

mesti korang pon pernah pikir macam tu kan?haa!tak payah nak cakap tak lah sambil bantah 25637x angkat tetikus nak baling kat skrin laptop.Bagi aku tak salah kalau kita nak bermekap.tapi janganla terover sampai orang disekeliling gelak guling-guling sambil hentak bontot  kat belakang kita.agak-agak la nak bermekap pon kan.takkan la nak p beli ikan dekat pasar pagi pon pakai mekap 246 inci.dan takkan nak p dinner muka pucat macam ayam berak papan hitam pulak.wat da hell lah kan.nak bermekap kenalah tengok keadaan.jangan pakai tepek je.satu lagi tak perlulah nak bermekap sampai orang tegur..”eh2,you ke ni salmah?i ingatkan bipasha pasu tadi..”. don’t be fake okey peeps.:)


macam ni lah muka selepas dimekap.ada persis kareena kapur tak?o,o

bagi aku,aku suka mekap yang simple je.cukup dengan pakai krim dan sunblock.lepas tu tepek bedak,eyeliner dan lip ice.then, siap untuk keluar bersiar-siar di taman bunga sambil makan cekedis.simple kan? Tak perlu nak mekap sampai kalah mak-mak datin seantero dunia. aku tak klas macam uols.:(




barang-barang keperluan muka aku.

Sejak aku sekolah menengah lagi aku guna pencuci muka,penyegar,krim kecantikan dan krim malam produk Sri Mawar.satu set set tu dalam RM100 ++.tapi time habis stok pencuci muka tu aku bedal pencuci muka Safi je.scrub dengan sunblock produk Clinelle pom Rm100++.masker produk Shisheido harga tak ingat.bedak aku guna dua produk iaitu Silky Girl dan Miyami.eyeliner produk Maybelline harga RM20 ++ KOT.lip ice pon produk Maybelline harga below RM20.yang kalerful dalam kotak tu pon lebih kurang lip ice jugak produk Nutrimetics harga RM33 kalau tak silap.maskara aku pakai kadang-kadang je produk Maybelline jugak.

tak guna muka cun tapi badan bau longkang.semburla perfume sikit.so,this is some of my perfume collections.

btw,allah dah ciptakan kita semua punya kecantikan tersendiri.tak perlulah rasa kita ni huduh sampai perlu tepek bedak 13425 inci.lagipun kecantikan dalaman lagi penting.orang cakap kalau dalamannya baik dan cantik maka dengan secara automatiknya luaran pon akan nampak cantik dan berseri.lagi satu,kecantikan luaran semata-mata kan tak kekal.so,sia-sia jelah kalau kita hanya menitik beratkan kecantikan luaran sahaja.tak perlu nak pakai botox atau kolagen segala tuh. Just believe with your natural beauty yeah. Pikir-pikirkan dan selamat beramal..==.


p/s : teringat nenek aku yang tetap cun walaupun umo dah 60++.

Sunday, October 16, 2011

.my last teen years.

assalamualaikum..

u know what guys,semalam cukup umo aku 19 tahun.so,maknanya tahun ni la tahun last aku bergelar umo belasan tahun.tahun depan dah masuk puluhan tahun iaitu 20-an.omg aku rasa akulah makhluk paling tua abad ni.tak boley nak perasan jadi budak tak cukup umo lagi dah.wuuu ==.

selama 4 hari 4 malam aku dok pikir umo aku yg makin nak menjadi tua bangka ni.kalaulah masa tu boleh direverse aku nak balik ke zaman kanak-kanak ribena dulu.best sangat hidup masa tu tak payah nak pikir masalah negara atau masalah rumah tangga bagai tuh.apa yang aku tau bangun pagi p sekolah lepas tu bawak t-shirt dengan seluar track dalam beg.lepas habis class p salin baju pastu ready nak main bola kaki tiga dengan geng-geng kampung pisang.perangai zaman tu memang kalah budak laki.mom aku bimbang aku jadi tomboy sebab perangai ganas semacam.dulu selalu gaduh-gaduh pastu bertumbuk ngan budak-budak laki.last2,budak laki tu jerit2 panggil mak.aku dengan bangganya ketawa jahat sambil buat muka tanda warning.demm!aku patut masuk wwe smackdown.==.

tapi tu dululah.sekarang dah berubah sifat.disebabkan hormon estrogen yg bertambah  maka aku menjadi ayu ala-ala gadis melayu terakhir.kalau nak keluar melepak pon mesti tepek bedak dengan lip ice sikit.biar nampak lagi ayu.pastu mesti pandai berfesyen dengan tudung lilit sampai tercekik batang tengkuk.tambah2 bila nak p jejalan rumah sanak sedara memang penampilan bajet gadis idaman malaya.sebab biasanya mesti diorang cakap:

“besar doh mek loni.jadi anok daro comey doh.dulu gak tubuh loni kurus tinggi.ado gewe doh?”.

“besar dah anak sekarang.dah jadi anak dara comel.dulu gemuk sekarang kurus tinggi.dah ada pakwe ke?”

Sape tak flowering weh.haha.tunduk malu sambil kelip-kelip mata. +.+


motif?entah sebab heliza comel kot.

Disebabkan aku dah hampir mencecah umo 20-an so,aku mestilah berfikiran lebih dewasa kan.fikiran pon lebih kepada masa depan.nanti nak keje apa.target kawen umo 25 tahun.lepas tu kena rancang keluarga tak nak anak lebih sedozen.pastu macam mana nak jadi isteri misali. macam mana nak jadi hot mama lagi.yang paling penting macam mana nak kekal awet muda walaupun kulit dah berkedut 14 ribu.cis!banyak betol aku kena pikir sekarang.kepala pon dah jadi besar macam ikan flowerhon.Dahla aku pon malas nak taip panjang-panjang.nak p buat kalendar masa depan jap.

Till then,chow.:)

p/s: tengah pikir macam mana nak kekal bergetah walaupon umo dah separuh abad nanti.

Tuesday, October 11, 2011

.Kalau aku punya kuasa.


Kalau aku punya kuasa, aku nak jadi seorang lelaki.aku nak jadi lelaki yang bertanggungjawab.aku tak nak jadi lelaki lembik dan dayus yang senang-senang dipijak maruahnya.aku nak jadi lelaki berani yg boleh melindungi orang-orang yg aku sayang.terutama ibu bapa aku,isteri dan anak-anak aku.

Kalau aku punya kuasa, aku nak jadi seorang pondan a.k.a maknyah.kenapa?sebab aku nak tau apa yg hebak sangat menjadi seorang pondan.apa yang bagus sangat bertukar jantina.apa rasanya menjadi seorang yg selalu dihina atas kejahilan diri sendiri.apa yang puas sangat melawan ciptaan tuhan?

Kalau aku punya kuasa, aku nak jadi seorang jutawan.aku nak rasa punya harta sampai 7 keturunan pon tak habis.aku nak rasa hidup hyper mewah sampai nak apa-apa kat dunia ni pon boleh.tapi aku tak nak jadi jutawan yg angkuh.jutawan yg lupa diri.jutawan yg hanya kaya dengan harta semata-mata tapi agama melayang.aku nak jadi jutawan yg seimbang antara duniawi dan ukhrawi.jutawan yang terkenal dengan sifat dermawan dan bukannya dikeji.

Kalau aku punya kuasa, aku nak jadi seorang pemimpin.pemimpin yang disegani dan dihormati.aku nak tau apa rasanya pikul tanggungjawab besar.yela orang nampak senang je kerja kita.arah itu arah ini,tapi betul ke jadi pemimpin sesenang makan pulut durian?atau banyak perkara yg perlu dikorbankan?

Kalau aku punya kuasa, aku nak jadi seorang guru.aku nak tau apa rasanya bila aku mengajar tapi pelajar buat pekak badak je.dan aku jugak nak tau apa rasanya bila pelajar yang aku ajar berjaya menjadi seorang doktor,pensyarah,menteri,pegawai bank dan yg sewaktu dengannya.aku nak tau apa rasanya menjadi guru yg diingati dan dilupakan.

Kalau aku punya kuasa, aku nak jadi seorang pencipta macam Steve Jobs.aku nak cipta alat yg berkualiti dan lain daripada yg lain.sebab bila aku mati,aku masih diingati oleh masyarakat seluruh dunia.aku nak tau apa rasanya menjadi manusia sehebak itu.

Tapi aku cuma aku.aku hanya manusia biasa.aku hanya seorang anak,seorang kakak,seorang kekasih  dan seorang pelajar. aku takdak kuasa apa pon.tapi aku bersyukur dengan apa yg aku ada.aku gembira dengan cara hidup aku.biar apa yg orang cakap pasal aku,aku tak kisah.sebab aku tak mintak duit dengan mereka semua.sebab aku tau waktu aku susah bukan mereka yang hulur tangan bagi bantuan kat aku.aku hanya hamba Allah.dari DIA aku datang dan kepada DIA juga aku kembali..



p/s : tengs for reading.kalau korang punya kuasa apa korang nak jadi ek?sharela dengan aku.:)
till then,chow.:))

Friday, October 7, 2011

.aktiviti hari ini.

assalamualaikum..!

maap.gigi saya tak seputih angelina jolie.

hujung minggu bagi aku kalau tak keluar perabih petrol dan wang hengget memang tak sah.kalau tak dapat pi jauh-jauh p beli cekedis kedai depan rumah pon jadilah.entah tabiat mende macam toh.*ciri-ciri isteri boros.
lagipun mom aku pun perangai macam aku jugak.suka keluar tengok dunia. sambil cuci mata sambil melayang wang hengget.orang cakap mak borek anak rintik.eh?adik-adik jangan guna dalam esei upsr peribahasa akak eh!

tapi hari ni rancangan untuk perabis wang hengget tidak terlaksana.aku dan mom aku tidak berjaya menampakkan muka di mana-mana pusat membeli belah.hanya menjadi pengkedarah di restoran Pinang Seribu di Kota Bharu.wah,nampaknya ada seciput perubahan!
ekceli hari ni kitorang terbang menggunakan penyapu harry porter ke rumah mom aku punya mak a.k.a nenek aku.kami terpaksa membelah lautan pasifik dan meredah hutan amazon untuk sampai di sana.kami juga terpalsa menggunakan kapal selam kerana rumah nenek aku terletak di dasar laut.

.............................
dalam fantasi.

yang sebenarnya rumah nenek aku dekat je.tak sampai setengah jam pon untuk ke sana.hehe.biasanya hujung minggu memang aku akan balik kampung ziarah nenek.bajet cucu misali.
lagipun aku ada sorang je lagi nenek.yang lain dah kembali ke rahmatullah. al-Fatihah untuk arwah nenek dan datuk aku.

befday babygirl.

btw,hari ini besday adik aku yang paling kecik.umur dye cukup 2tahun dah.tapi tak celebrate lagi.maybe next week kot.lagipun besday aku pun 2 minggu je lagi.cepat2 pikir nak bagi hadiah ape kat aku.hehe.= =.
aku kira beruntunglah sebab almost setiap tahun mom aku akan celebrate besday anak-anak dye.tambahan pulak besday kitorang dekat2 je tarikh.so,senang ceghita combine semua.save bajet.haha.nantilah aku update entry befday bila dah celebrate eh.itupun kalau mom aku nak celebrate.muahaha.

till then,chow.

p/s : tengs for reading. :)

Wednesday, October 5, 2011

.selamat Ulangtahun babe!.

hai readers..

hari ni 5 Oktober 2011 cukup 3 tahun aku berkaseh sayang dengan abe sayang aku.cepat betol masa berlalu.rasa macam baru semalam aku kenal dye.dulu aku ingatkan ni cinta monyet yang cepat datang cepat pergi.tapi aku silap!perhaps,he is my true love.and i realy hope so.. maafla hari ni aku nak berkaseh sayang sikit.==.

motif?saje nak tunjuk kapel rings.:P

secara jujur dan ikhlas dari lubuk hati aku,aku rasa bahagia tahap extravaganza selama aku kenal dye.ada ke bahagia sampai tahap tuh?err..
sebab dye sentiasa ada waktu aku sedih bagai nak rak,waktu aku hepi sampai tak hengat dunia,waktu aku bosan tahap hiperbola,waktu aku down makcik cleaner dekat kampus lebey cun dari aku dan macam2 waktu lagi lah. ohh my tedyybear!=)

dulu,time baru2 kenal kapel cara sembunyi2.mesej pon kena cover2.nak jumpa punyalah susah.yelah nanti mom aku marah.sekolah tak habes lagi dah nak kapel.kang dye suruh aku berlaki terus haru biru hidup aku.eh2 best jugak berlaki awal kot.muahaha 

ni gambar zaman berkaseh sayang secara rahsia.

tapi sekarang mom aku tak bising2 da.da restu dah kot.hahaha.sebab aku pon da habes sekolah da masuk U da pon.abe sayang aku pon tengah study kat UPM sekarang nie..bajet bijak lah kan!booo..
disebabkan dye dok jauh sekarang ni kitorang tak dapat nak celebrate anniversary kitorang.tak boleh nak candle light dinner bagai tuh.takpe,saya tunggu awak balik.

gambo xclearlah.isk3.ilysm!

anyway,aku nak say a million thanks to my abe sayang coz be a good lover since the first we couple till now.saya harap hubungan kita kekal sampai ke jinjang pelamin lepas tu dapat anak2 yg comel macam saya.hahaha..ye2 aku tau aku tengah ,menggatal ni sila tumbuk!dushhh....!

thanks sayang!a big hug for you.:)



Tuesday, October 4, 2011

.subhanallah..patutkah ISLAM dipermainkan??.

assalamualaikum..

aku baru je lepas layan ceghita korea bertajuk Heart Spring.itupun separuh episod je.lebih kurang 16 episod semua.memang best layan ceghita tuh sambil makan ubi kayu rebus dengan kopi tarik.tambahan pulak hero dye semak sangat.sweet sangat macam cokelat bendera.mau pengsan kalau menjelma depan aku.auww! tampo kang gedik jek!==.


eh2 tu bukan topik yang aku nak ceghita malam neh.ok back to the topic.


sekarang ni aku tengah on aku punya mukabuku.aku pun checkla aku punya notisfication.tup2 sepupu sepapat aku ada share link yang ada gambo cikaro baek punya.aku ingatkan dye nak promot pompuan tuh.so aku dengan sepantas kereta berkuasa tenuk membuka link tersebut. macam lesbian pulak eksaited nak tengok pompuan.==.







agak terkejut jugakla aku tengok page dye neh.tapi aku rasa itu bukan gambo sebenar dye.masyaallah orang kafir macam neh memang tak layak hidup kat atas muka bumi ni.pegi mamposlah kau wahai syaitan bertopengkan manusia!boleh menyesatkan umat islam!berani dye mempersendakan agama suci Allah.subhanallah..

semoga Allah bagi petunjuk untuk manusia2 durjana seperti ni.aku bersyukur aku dilahirkan sebagai seorang ISLAM..

ISLAM agamaku.
MUHAMMAD nabiku.
AL-QURAN kitabku.
KAABAH kiblatku..

semoga kita semua tidak terpedaya dengan kenyataan2 daripada orang2 kafir laknatullah ini.dan semoga tuhan mengukuhkan iman kita semua.amin..:)