.geNg cOmeL.

Tuesday, October 11, 2011

.Kalau aku punya kuasa.


Kalau aku punya kuasa, aku nak jadi seorang lelaki.aku nak jadi lelaki yang bertanggungjawab.aku tak nak jadi lelaki lembik dan dayus yang senang-senang dipijak maruahnya.aku nak jadi lelaki berani yg boleh melindungi orang-orang yg aku sayang.terutama ibu bapa aku,isteri dan anak-anak aku.

Kalau aku punya kuasa, aku nak jadi seorang pondan a.k.a maknyah.kenapa?sebab aku nak tau apa yg hebak sangat menjadi seorang pondan.apa yang bagus sangat bertukar jantina.apa rasanya menjadi seorang yg selalu dihina atas kejahilan diri sendiri.apa yang puas sangat melawan ciptaan tuhan?

Kalau aku punya kuasa, aku nak jadi seorang jutawan.aku nak rasa punya harta sampai 7 keturunan pon tak habis.aku nak rasa hidup hyper mewah sampai nak apa-apa kat dunia ni pon boleh.tapi aku tak nak jadi jutawan yg angkuh.jutawan yg lupa diri.jutawan yg hanya kaya dengan harta semata-mata tapi agama melayang.aku nak jadi jutawan yg seimbang antara duniawi dan ukhrawi.jutawan yang terkenal dengan sifat dermawan dan bukannya dikeji.

Kalau aku punya kuasa, aku nak jadi seorang pemimpin.pemimpin yang disegani dan dihormati.aku nak tau apa rasanya pikul tanggungjawab besar.yela orang nampak senang je kerja kita.arah itu arah ini,tapi betul ke jadi pemimpin sesenang makan pulut durian?atau banyak perkara yg perlu dikorbankan?

Kalau aku punya kuasa, aku nak jadi seorang guru.aku nak tau apa rasanya bila aku mengajar tapi pelajar buat pekak badak je.dan aku jugak nak tau apa rasanya bila pelajar yang aku ajar berjaya menjadi seorang doktor,pensyarah,menteri,pegawai bank dan yg sewaktu dengannya.aku nak tau apa rasanya menjadi guru yg diingati dan dilupakan.

Kalau aku punya kuasa, aku nak jadi seorang pencipta macam Steve Jobs.aku nak cipta alat yg berkualiti dan lain daripada yg lain.sebab bila aku mati,aku masih diingati oleh masyarakat seluruh dunia.aku nak tau apa rasanya menjadi manusia sehebak itu.

Tapi aku cuma aku.aku hanya manusia biasa.aku hanya seorang anak,seorang kakak,seorang kekasih  dan seorang pelajar. aku takdak kuasa apa pon.tapi aku bersyukur dengan apa yg aku ada.aku gembira dengan cara hidup aku.biar apa yg orang cakap pasal aku,aku tak kisah.sebab aku tak mintak duit dengan mereka semua.sebab aku tau waktu aku susah bukan mereka yang hulur tangan bagi bantuan kat aku.aku hanya hamba Allah.dari DIA aku datang dan kepada DIA juga aku kembali..



p/s : tengs for reading.kalau korang punya kuasa apa korang nak jadi ek?sharela dengan aku.:)
till then,chow.:))

4 comments:

NURUL ASHIKIN said...

ok oklah nak hambik kuasa ni... kuasa.. kuasa.. kuasa pencuci FAB BUKU kekekkeke... gurau ja

cikgu nadia said...

the important thing is be yourself. allah knows the best for us

Rubiyanto Sutrisno said...

Semua sudah ditetapkan Tuhan, berusaha dan berdoa adalah jalan yang terbaik ,....

miSs aMaL said...

nurul asyikin: hahak..dah ambk da..:)

cikgu nadia: yes,dat's rite..:)

rubiyanto :betul tu...:)