.geNg cOmeL.

Saturday, November 5, 2011

.Alhamdulillah,tetap berpuas hati.

assalamualaikum..:)

semalam bangun je tdo dengan muka mamai-mamai lagi tambah pulak tahi mata dan air liur basi masih bertempek kat muka terus je menonong menghadap laptop. euww tak senonoh betol!hakhak


buat seketika facebook dan blog terhapus dalam fikiran.yang ada cuma nak buka istudent portal UiTM.semalam kan result final last sem keluar.so,dengan rasa eksaited ditambah perasaan berdebar sampai jantung berdegup 240 km/j terus je buka laman web tuh. sambil tutup sebelah mata.==.


nasib baik line tak  buat hal.kalau tak mogok tak nak mandi seharian.huh!


so,dengan pantas aku masukkan no.matrik dengan id untuk log in.dan dengan pantas jugak terpampang result kat skrin laptop.terus buka mata luas-luas tilik keputusan setiap subjek yang ado.


alhamdulillah.syukur ke hadrat Ilahi sebab aku lulus dengan jayanya dalam setiap subjek.walaupun tak dapat dekan tapi sekurang-kurangnya pointer takdaklah mengecewakan .masih 3.++. 
sambil melompat-lompat atas kerusi. :))


namun,aku masih tak puas hati dengan result tu.cemburu dengan rakan-rakan yang dapat dekan.tapi takpe,aku akan terus berusaha belajar sampai tumbuh uban untuk dapat dekan next sem.Malaysia boleh!


apa-apa pun sem depan aku masih menjadi penghuni kolej Tun Dr Mahathir kat kampus aku.so,tak payahla nak bersusah payah cari rumah sewa. selamat bajet 2012.hakhakhak.


sekarang ni tengah senang hati sebab semuanya berjalan dengan baik.tak perlu nak bersedih sebab keputusan yang teruk atau tak dapat kolej kediaman.secara automatiknya boleh raya dengan gembira esok dan makan daging banyak-banyak sampai pening kepala.hikhik.:)


p/s : kecewa sebab beg idaman abad ini dah ada orang beli.demm!sambil kesat air mata.:(

2 comments:

adah..lurf said...

bagos2..... ngaji sumggos deh....... hehehe..congrate sbb xde yg gGl eak..

miSs aMaL said...

yup2.hehe tq yunk!:)